Artikel

Buku Pilih Lesen Apa? Papar Pilihan dalam Kehidupan Remaja

oleh Roziyah pada 13 May 2011

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?

Umi Danial tampil dengan karya terbaru beliau yang bertajuk Pilih Lesen Apa? Paparan kisah remaja yang perlu membuat pilihan dalam kehidupan menjadi pilihan Umi Danial.

Kisah Alya yang tamat SPM dan perlu membuat pilihan dalam hidupnya pasti memberi kesan dan mencuit hati pembaca.

Pelbagai pilihan yang diberikan oleh keluarga Alya sejurus Alya tamat peperiksaan SPM. Apakah pilihan yang diambil oleh Alya? Dapatkan novel remaja Pilih Lesen Apa? hasil tulisan Umi Danial di kedai-kedai buku berhampiran tuan dan puan atau layari www.bookcafe.com.my bagi membeli secara online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025