Artikel

Kisah Gadis Tumpuan Ramai: Gadis Blink-Blink

oleh Nor Adilah Riduan pada 04 Oct 2013

Baginya, manik ataupun labuci pada pakaiannya ibarat irama dan lagu. Tanpa manik ataupun labuci, pasti pakaiannya tidak seirama. Itu kisah pakaiannya.

Mari kita ikuti kisah hidupnya pula. Nana mendapat tawaran bekerja di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Pemergian Nana ke Kuala Lumpur amat dibimbangi oleh kedua-dua orang tuanya.

Di Kuala Lumpur, Nana tinggal bersama kawan baik sepupunya, Zara. Kali pertama menjejakkan kaki ke firma guaman tempat Nana bekerja, ramai staf di situ yang memandang pelik kepadanya.

Ini kerana penampilannya lain daripada lain. Majikannya, Encik Kader amat menyenangi kerja-kerja Nana, namun ada staf yang iri hati kepadanya. Pelbagai cara dilakukan bagi melemahkan semangat kerja Nana.

Dalam diam, Encik Shahrul memerhatinya. Pertemuan dengan anak majikannya, Encik Iqbal menimbulkan kisah lain pula.

Dapatkan novel ini di pasaran. Anda pasti tercuit membaca gelagat Nana mendampingi sepupunya, Jaja, teman-teman sekerja Nana, dan peminat rahsianya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024