Artikel

Kisah Penuh Pengajaran: Siri Hikayat Teladan Helang dan Pemburu dan Cerita-Cerita Lain

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 25 May 2015

Siri Hikayat Teladan kali ini membawakan tajuk Helang dan Pemburu dan Cerita-Cerita Lain untuk santapan adik-adik.

Himpunan kisah menarik cerita rakyat ini pasti tidak akan mengecewakan kerana banyak pengajaran yang dapat dipelajari.

Dalam kisah Helang dan Pemburu, adik-adik akan berkenalan dengan pemburu yang gemar memburu bersama burung helang peliharaannya.Dalam misi mencari pelanduk, sesuatu yang tidak dijangka telah terjadi kepada sang helang. Apakah kesudahan mereka berdua?

Dalam kisah Nakhoda yang Buta pula, watak utama Yatim akan membawa adik-adik merentasi lautan di dalam kapalnya. Apakah yang terjadi kepada Yatim setelah menggunakan ubat sapu kepunyaan Syeikh Maulana dan adakah beliau menyesali perbuatannya?

Dalam kisah ketiga pula yakni Misteri Batu Permata, Seman si pemuda cacat telah bertukar menjadi tampan secara tiba-tiba. Namun begitu, selepas melanggar suatu pesanan, Seman telah bertukar menjadi hodoh semula. Apakah pesanan yang dilanggar Seman dan adakah dia akan terus menjadi hodoh untuk selama-lamanya?

Dan dalam kisah terakhir, Lembing Awang Terkena Dayang, diceritakan kisah kasih antara Awang dan Dayang yang tidak kesampaian. Mengapakah lembing Awang mengenai Dayang meskipun sebelum itu mereka merupakan tunang antara satu sama lain?

Selamat membaca adik-adik semua. Jangan lupa mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung selain mengukuhkan kemahiran berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab seperti yang dapat diperlajari dari buku ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024