Artikel

Kisah Presiden ke-3 Indonesia- Pak Habibie kini di Netflix

oleh Asri Yussof pada 23 Jan 2019

Siapa yang meminati tokoh Pak Habibie atau lebih suka membahasakan dirinya dengan panggilan ‘Eyang’ tentu anda pernah baca kisah percintaan beliau dengan isterinya, Ainun.

Filem Habibie & Ainun yang dilakonkan dengan jayanya oleh Reza Rahadian (sebagai Habibie) dan Bunga Cinta Lestari (sebagai Ainun) sudah boleh ditonton di Netflix, dan buku filem keduanya, Rudy Habibie yang menyingkap lebih dalam ketokohan Pak Habibie ketika muda.

Rudy Habibie

Habibie & Ainun adalah kisah percintaan luar biasa. Tentang cinta pertama dan cinta terakhir. Cerita tentang presiden ketiga Indonesia dan isterinya. Cerita tentang Habibie dan Ainun.

Habibie

Rudy Habibie adalah seorang yang bijak membuat pesawat udara dan dia mempunyai impian besar untuk negara Indonesia.

Pak Habibie ketika muda mengabdikan hidupnya kepada Indonesia dengan membina pesawat dalam menyatukan Indonesia. Dan kita beliau dilihat sebagai seorang negarawan yang terhormat.

Walaupun Pak Habibie memegang tampuk kuasa kerusi presiden dalam waktu yang singkat  (1998-1999) dan ketika zaman gawat reformasi, tetapi beliau banyak membuat perubahan dan dasar-dasar yang merakyat.

Beliau berjaya membebaskan media dari cengkaman politik dan mengadakan pemilihan demokratik awal pada tahun 1999, yang mengakibatkan berakhirnya kepresidenannya.

Beliau bukan seorang ahli politik yang hanya berfikir untuk menjaga kuasanya melainkan hanya mahu melihat Indonesia bersatu dan berjaya di mata dunia.

Habibie & Ainun

Bercakap mengenai lakonan Reza Rahadian sebagai Habibie di dalam kedua-dua filem itu, sebenarnya bukanlah sebuah kerja yang mudah. Pak Habibie pernah memuji beliau dan Bunga atas lakonan yang mantap.

“Kalau cucu intelektual saya punya ribuan, tapi cucu intelektual yang paling dekat adalah Bunga dan Reza. Karena Bunga sebagai Ainun dan Reza sebagai saya. Perjalanannya mereka untuk dapat bermain sebagai Habibie dan Ainun itu nggak mudah. Saya tidak menyangka itu akan diperankan dan hasilnya gilang-gemilang,” kata Pak Habibie kepada Viva.co.id.

Reza Rahadian adalah antara pelakon yang dibayar paling mahal di Indonesia. Setiap watak yang dibawa dalam setiap filem berjaya dibawa dengan baik. Beliau sebagai Bossman di My Stupid Boss, dan watak romantisnya sebagai Ale di Critical Eleven.

Menarik untuk diperhatikan adalah pengarah bagi kedua-dua filem ini. Habibie & Ainun diarahkan oleh Faozan Rizal. Manakala Rudy Habibie oleh Hanung Bramantyo.

Hanung Bramantyo

Babak-babak di dalam Rudy Habibie sedikit sebanyak menggambarkan sisi pemikiran Hanung dalam faham keagamaan Islam beliau- iaitu Toleransi agama. Beliau menggambarkan Rudy Habibie sebagai seorang yang berdeplomasi dan faham tolerasi agama yang baik.

Iaitu ketika mana Habibie masuk ke gereja dan menyakini itu adalah rumah ibadah kepada tuhan yang paling baik untuk menenangkan hatinya yang pada ketika itu tidak mempunyai banyak wang untuk membeli makan ketika belajar di luar negara.

Antara filem-filem Hanung yang berjaya membuat kontroversi antaranya Ayat-Ayat Cinta, Tanda Tanya?, Cinta Tapi Beda, Sang Pencerah, Perempuan Berkalong Sorban, Soekarno dan juga Kartini.

Selamat menonton!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024