Artikel

Komen dari kedai buku

oleh Helmi pada 06 Jun 2006

Saya adalah pemilik kedai buku Prima MS di Kemaman, Terengganu. Buku-buku terbitan PTS (yang ditempah melalui Sykt Fajar, KL) adalah antara ribuan buku yang saya jual. Selain menjual, saya juga membaca buku-buku ini kerana selain dari menambah ilmu saya, saya juga boleh cadangkan buku yang sesuai kepada pelanggan.

Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada Pihak PTS untuk dimesyuaratkan:

1) Harga buku agak tinggi/mahal sedikit walaupun isinya baik. Sesetengah pembeli terpaksa meletak semula buku di rak kerana faktor harga walaupun pada mulanya beliau bercadang untuk membelinya. Jangan lupa…kami kedai buku di Terengganu.

2) Cover illustration:
Kata-kata seperti “don’t judge book from the cover” mungkin ada benarnya bagi sesetengah keadaan, tetapi bagi penjual buku seperti saya, pembeli lebih suka melihat cover buku yang menarik, segar dan “fresh”. Sesetengah illustrasi cover buku terutamanya yang menggunakan lakaran lukisan adalah kurang menarik dan kurang menyerlah. Ini juga pandangan yang diberikan oleh beberapa orang peminat setia buku di kedai saya. Mungkin perkara ini diberi pertimbangan selanjutnya.

3) Konsistent dalam penerbitan siri:
Bagus untuk mengeluarkan beberapa tajuk yang berlainan, tetapi biarlah ianya konsisten dari segi saiz, finishing dsb.

Contoh, Siri Tafsiran AlQuran Kanak-Kanak. Jika dikumpulkan semua 14Titles untuk dijadikan atau dijual sebagai set, ada beberapa buah buku yang saiznya lebih tinggi dari buku lain. Sama ada silap penerbit atau silap pencetak, saya tidak pasti. Tapi nampak pelik bila ingin di’wrap’ sebagai satu set apabila ada buku yang tinggi rendah.

Satu contoh lagi, Siri Ibadah. 5 tajuk terdahulu mempunyai uv finishing pada covernya, tetapi tidak lagi pada siri-siri yang selepas itu. Bukankah ini tidak konsisten?.

Maaf, ini teguran saya. Terpulanglah kepada pihak tuan untuk menerimanya atau tida. Saya kini hanya sekadar penjual buku, walaupun pernah terlibat dlaam pengeluaran buku selama 15 tahun sebelum ini.

Sekian.

Saifuddin.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025