Artikel

Konspirasi Yahudi Menyerang PBAKL 2011

oleh Roziyah pada 15 Mar 2011

Sekiranya sebelum ini masyarakat didedahkan dengan Agenda Yahudi Menakluk Dunia, kini penulisnya tampil dengan buku terbaru yang pastinya membawa pendedahan baru perihal dunia Yahudi.

Melalui buku terbaru Tuan Sabaruddin Hussein ini, pembaca akan dibuka matanya berkaitan dengan hakikat di sebalik Perang Dunia Ke-2, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, World Trade Organization dan banyak lagi agenda pertubuhan dunia yang diselindungkan dari kaca mata masyarakat dunia.

Beliau yang terkenal dengan buku penuh pendedahan iaitu Agenda Yahudi Menakluk Dunia kini tampil dengan pendedahan demi pendedahan yang mampu menjadi peringatan kepada masyarakat perihal dunia hari ini yang penuh dengan konspirasi Yahudi.

"Buku santai ini khas buat mereka yang ingin membuka minda. Minda pembaca akan dibuka perihal Jerman yang diumpan dan bagaimana 5 kuasa dunia mempunyai perlindungan sehingga tidak boleh diusik oleh sesiapa juga ," jelas beliau ringkas.

Melalui Buku pertama beliau, Agenda Yahudi Menakluk Dunia, Tuan Sabaruddin Hussein juga tercalon bagi Anugerah Pilihan Popular - Berita Harian bagi tahun 2011.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025