Artikel
Kursus Komunikasi Bahasa Persuasif untuk Editor PTS
oleh Helmi pada 13 Nov 2009
Antara cabaran yang dihadapi oleh editor adalah, melayan pelbagai kerenah penulis dan kadangkala ia mencetuskan konflik.
Pada 11 November 2009, Akademi Latihan Penerbitan PTS menjalankan kursus Komunikasi Bahasa Persuasif untuk Editor PTS.
Dalam kursus ini yang berlangsung selama 2 jam dari jam 4 hingga 6 petang, Puan Ainon Mohd menerangkan prioriti dalam berkonflik dan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi semasa menghadapi konflik.
Prioriti editor semasa berkonflik adalah mengekalkan hubungan bisnes dengan penulis. Walau bagaimana keadaan sekalipun editor berkonflik dengan penulis, mereka perlu menjaga hubungan ini.
Kemudian editor dijelaskan dengan prinsip-prinsip berkonflik iaitu pisahkan antara kelakuan dengan orangnya.
Ini bermakna apabila kita hendak menegur, kita tegur kelakuan dan jangan ’sentuh’ dirinya. Cara ini dapat dijayakan dengan tidak mengamalkan ‘you language’ semasa berinteraksi dengan penulis bagi merungkai konflik yang dihadapi.
Latihan menulis surat kepada penulis turut dijalankan bagi menjelaskan lagi teori-teori yang dipelajari. Kursus ini diurus oleh Puan Nurul Hilyati Abdul Halim, Eksekutif Akademi Latihan Penerbitan PTS.
(Disalin dan diubahsuai daripada Blog Akademi Latihan Penerbitan PTS - http://akademilatihanpenerbitanpts.wordpress.com/)