Artikel

Peminat Tegar PTS Serang Pejabat PTS

oleh Helmi pada 18 Nov 2009

Seramai 32 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Kedah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pejabat PTS Publications and Distributors Sdn Bhd di Batu Caves.

Lawatan kali pertama ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat, turut disertai dua orang guru dari sekolah itu.

Antara objektif lawatan ini ialah untuk menambah pengetahuan tentang perkembangan ilmu penulisan, mengetahui teknik-teknik penulisan dan proses menerbitkan buku, juga membina silaturahim antara Syarikat PTS dengan sekolah.

Ketua rombongan, Cikgu Rozita Abd Hamid berkata, lawatan ini bertujuan menambah ilmu pengetahuan di kalangan pelajar selepas mereka selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Mereka juga antara peminat buku remaja terbitan PTS ONE Sdn Bhd.

Menurut pelajar ini, Muhammad Ashraf bin Tajuddin dan Mohamad Jamil bin Bakhari, mereka rasa teruja dan seronok dapat datang ke ibu pejabat PTS. Selama ini, mereka hanya beli dan membaca buku-buku terbitan PTS, tetapi pada hari ini mereka dapat lihat sendiri suasana Syarikat PTS.

Manakala Nur Aliaa binti Md Azizan  pula berasa sangat menarik dapat lihat buku-buku yang dipamerkan di Bookcafe PTS. Layanan dan senyuman daripada kakitangan PTS buat beliau rasa ingin datang lagi ke Bookcafe PTS.

Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati dari PTS kepada seluruh para pelajar dan guru-guru pengiring SMK Agama Kedah.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025