Artikel

Kursus Teori Sastera Bekalkan Ilmu Sastera Kepada Penulis

oleh Roziyah pada 01 Oct 2010

Bagi menghasilkan karya yang bermutu tinggi serta tahan lama, PTS sentiasa komited menghasilkan novel-novel remaja dan dewasa yang bermutu sastera bagi tatapan semua golongan masyarakat.

PTS mengambil langkah mengadakan kursus teori sastera bagi membekalkan ilmu sastera kepada penulis-penulis yang ingin menghasilkan buku bersama PTS.

Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. akan mengadakan siri kursus teori-teori sastera yang boleh digunakan dalam menghasilkan karya yang baik dan evergreen di pasaran.

Kursus yang diadakan di Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur ini memberi peluang kepada penulis baru dan lama mengetahui lanjut mengenai plot, Story Arc, Twist-and-Turn serta Cliff Hanger.

Kursusyang diadakan pada 3 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga jam 1 tengah hari ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Ainon Mohd. sendiri.

Tuan dan puan yang ingin mengetahui lanjut mengenai kursus ini boleh melayari universitipts.com.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025