Artikel
PTS Jadi Rujukan Pelajar Universiti
oleh Roziyah pada 01 Oct 2010
PTS, syarikat penerbitan buku bahasa Melayu nombor satu di Malaysia kini menjadi rujukan pelajar universiti yang membuat kajian terhadap pengurusan sesebuah syarikat.
Beberapa kumpulan pelajar yang terdiri dari UITM dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) datang sendiri ke PTS bagi membuat kajian terhadap operasi dan pemasaran PTS.
Pelajar yang terdiri daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam serta pelajar daripada Jabatan Akaun datang sendiri ke PTS bagi mengetahui secara dekat dan mendalam mengenai pemasaran dan pengurusan di PTS.
Editor-editor daripada Komik-M dan PTS Fortuna berbesar hati memberi maklumat yang lengkap mengenai dasar dan matlamat PTS kepada pelajar-pelajar yang hadir.
Selain itu, pelajar juga bertuah apabila Pengurus Pemasaran, Puan Nor Hazizam Ab Rahman serta Pengurus Jualan, Tuan Zaharin Mohamad Zain memberikan maklumat mengenai PTS dari awal penubuhannya hingga kini.
Kajian yang dilaksanakan di PTS ini merupakan sebahagian daripada keperluan akademik dan mampu menjadi rujukan bagi pelajar-pelajar lain di masa akan datang.