Artikel

Lawatan Kanak-Kanak Permata Pintar ke PTS

oleh Roziyah pada 13 Dec 2010

Program Permata Pintar Negara mengadakan lawatan sambil belajar ke PTS bagi mendedahkan dunia penulisan dan penerbitan kepada pelajar.

Pelajar yang terdiri daripada kelas penulisan dan imaginasi ini menerima penerangan lengkap mengenai penerbitan buku supaya mereka lebih mengetahui dan memahami dunia penerbitan di Malaysia.

"Kelas yang dijalankan oleh Permata Negara ini bercorak penulisan. Jadi kita bawa kanak-kanak ini datang sendiri ke penerbitan supaya mereka mengetahui saluran bagi menghantar karya mereka," jelas salah seorang tenaga pengajar Permata Pintar, Tuan Tarmizi.

Selain mendapatkan maklumat mengenai dunia sebenar penerbitan, kanak-kanak cilik ini juga diberi peluang beramah mesra dengan barisan penulis dan editor PTS.

45 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tanhun ini datangnya daripada sekolah-sekolah seluruh negara yang berkumpul di UKM bagi mengikuti program perkhemahan cuti sekolah Permata Pintar Negara.

Lawatan ke PTS menjadi salah satu aktiviti bagi memberi pemahaman kepada kanak-kanak tentang dunia sebenar penghasilan buku.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025