Artikel
Koleksi Cerita Adam Kecil Temui Peminat Cilik di PBKKL
oleh Roziyah pada 13 Dec 2010
PTS One Sdn. Bhd. menyediakan hadiah menarik kepada peminat buku-buku keluaran PTS One sempena Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010 ini.
Kali ini PTS One menampilkan Koleksi Cerita Adam Kecil yang penuh dengan cerita dan ilustrasi yang menarik.
Kisah Adam kecil yang bijak ini hasil kompilasi daripada dua cerita terdahulu dan ditambah dengan cerita baru. Koleksi Adam Kecil ini ditampilkan dengan ilustrasi berwarna dan menarik. Melalui satu harga sahaja, dapat memberi kepuasan berganda kepada pembeli terutamanya ibu bapa yang membeli buku buat anak-anak mereka.
Dapatkan Koleksi Cerita Adam Kecil yang ditampilkan dalam satu harga di booth PTS pada pesta buku yang menemui anda pertengahan Disember ini.
Temui PTS di PWTC pada 22 hingga 26 Disember 2010 ini. PTS menyediakan diskaun serta aktiviti menarik sempena PBKKL ini.