Artikel

Lawatan Pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah

oleh Helmi pada 18 Jan 2010

40 ahli Kelab Debat Bahasa Inggeris KUIN ke PTS

Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman. Begitulah ungkapan yang digambarkan kejayaan misi lawatan Kelab Debat Bahasa Inggeris dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dari Kedah ke PTS baru-baru ini.


Sepanjang sesi lawatan itu, rombongan memperoleh curahan ilmu penerbitan daripada Pengurus Besar Editiorial PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak. Turut hadir memeriahkan majlis adalah tim PTS ONE Sdn Bhd.


Pengurus program, Abdul Qahar Abdul Wahab, berkata program itu bertujuan mengetahui proses penerbitan buku terutama pasaran buku remaja yang laris jualannya,

"Barisan kami bangga melihat ketekunan PTS menerbitkan buku dalam bahasa Melayu dan ternyata ia laris dan bisnes yang menguntungkan. Ia lebih berkesan apabila kami mendapat maklumat yang relevan daripada Pengurus Besar PTS.”

“Terima kasih diucapkan kepada PTS yang menerima rombongan kami dan memperkenalkan kami dengan pelbagai buku yang bermanfaat untuk kelab kami, memang meriah berada di tempat yang dipenuhi pelbagai buku sambil memperoleh ilmu, kami hargai,” katanya mengakhiri bicara.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025