Artikel

Letupan ketiga di Reaktor Nuklear

oleh Roziyah pada 15 Mar 2011

Tokyo: Satu lagi letupan besar reaktor nuklear kedengaran awal pagi ini. Letupan ini adalah letupan ketiga selepas dua letupan yang berlaku sejak sabtu lalu.

Jurucakap Tokyo Electric Power Co melaporkan kepada media yang letupan besar berlaku antara jam 6 pagi dan 6.15 pagi di reaktor ke-2 iaitu logi nuklear pertama Fukushima.

Kerajaan juga melaporkan terdapat kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer dari timur laut Tokyo. Namun mereka masih belum dapat mengenalpasti yang kerosakan yang berlaku itu menjadi punca letupan.

Dilaporkan, 7 orang hilang sementara tiga yang lain cedera dalam letupan itu.

Letupan dikesan apabila kepulan asap kelihatan di atas bangunan reaktor ke-3 itu.

Penduduk sekitar kawasan tersebut diberi amaran berjaga-jaga.

Terdahulu, Perdana Menteri Jepun mengeluarkan kenyataan reaktor nuklear yang terganggu akibat gempa bumi di Fukushima masih berada dalam keadaan bahaya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025