Artikel

Logik Mudah Saiful Nang Bagaimana Cara Mudah Membeli Kereta Secara Tunai

oleh Nurul Fatihah Ayub pada 14 Jun 2016

Cara yang pernah berjaya dibuat oleh Najib (nama samaran) yang meminta nasihat penulis untuk membeli kereta. Kumpul RM4000 dan mula dari situ.

Dengan bermodalkan RM4000 dapatkan sebuah Perodua Kelisa/Kancil yang berusia lebih 12 tahun.

Najib memilih untuk membeli sebuah Perodua Kancil EX660 pada harga RM3500.

Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen.

Kena sabra sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah dah mula tayang Honda Honda City mereka.

Tetapi, walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan.

Anggapkan membuat tabungan tersebut seperti membayar loan kereta. Najib juga disarankan untuk melabur dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana beliau juga anak peneroka.

Jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM (Orang Bank Mesti Marah. Haha) dan kemudian susah untuk disiplin diri.

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 sebulan dan melabur dalam prospek yang cerdik.

Bulan ke-70 sahaja, beliau ada RM40k(kira-kira 5 tahun lebih). Asalnya beliau nak beli sebuah kereta Myvi baru RM40k.

Tapi beliau beli sebuah kereta Honda CRV terpakai dengan bayaran tunai RM45000.

Sekarang, Najib mencarum sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib dianggarkan boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k.

Bagi Najib, beliau perlu “berpuasa” sedikit. Hanya 7 tahun orang akan pandang bawa kereta cabuk.

Lepas 7 tahun kawan yang bawa Honda City masih terkial-kial bayar bulanan tetapi beliau boleh bawa kereta yang lebih tinggi nilainya. Apa yang lebih penting dibeli secara tunai.

Beli kereta untuk keperluan, jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat.

“Alasan tetap ada untuk tidak melakukannya dan itu semua pilihan anda” - Saiful Nang

Logik ini dikutip dari tulisan Saiful Nang sendiri yang boleh dibaca panjang lebar lagi dari buku kedua beliau, Mat Jenin Sebenarnnya Hero.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024