Artikel

Majlis Beraya Bersama PTS 2009

oleh Helmi pada 12 Oct 2009

 

PTS akan mengadakan Majlis Beraya Bersama PTS 2009 pada 15 Okt. 2009 (Khamis) bermula jam 12 tengahari hingga 5 petang bertempat di gudang PTS di alamat No. 11, Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. PTS berbesar hati menjemput para pengedar buku, pembekal, rakan niaga, dan penulis PTS. Tidak ketinggalan PTS turut menjemput pihak media tempatan yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam mempromosi buku PTS.

Kad-kad jemputan sudah dihantar sejak 8 Oktober lepas kepada tetamu terlibat. Para tetamu yang dijemput bolehlah mengesahkan kehadiran sama ada melalui faks kepada Jabatan Pemasaran PTS di no talian 03-6189 1316. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga terus membuat pengesahan secara online di www.pts.com.my/rayapts. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Khairul di talian 016-661 3381.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024