Artikel

Majlis Berbuka Puasa BS Print dan PTS Meriah

oleh Roziyah pada 03 Sep 2010

Pemilik BS Print, Tuan N. Saha bersama Pengurus Jualan, Tuan Hamid berbesar hati beramah mesra bersama warga kerja PTS

 

BS Print yang juga menjadi antara pencetak terbesar bagi buku-buku keluaran PTS mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan PTS semalam.

Majlis yang diadakan di Sakura Kristal, Taman Melawati ini dihadiri oleh hampir seluruh ahli keluarga PTS.

Tuan N. Saha yang juga pemilik BS Print berbesar hati menaja majlis berbuka puasa bersama warga PTS bagi menghargai warga PTS selama ini yang bekerjasama dengan BS Print. Majlis ini sekaligus merapatkan lagi hubungan antara BS Print dan PTS.

Majlis ini merupakan kesinambungan tradisi BS Print yang setiap tahun mengadakan majlis berbuka puasa bersama seluruh kakitangan PTS.

Tuan N. Saha juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan warga PTS yang hadir pada majlis tersebut.

Seluruh warga PTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Nsahar daripada BS Print yang mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga kerja PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024