Artikel

Hasani Edar Sungai Petani Buka Bazar Sempena Baca@Ramadan

oleh Roziyah pada 02 Sep 2010

Hasani Edar Sdn bhd yang terletak di Sungai Petani, kedah menyokong keras usaha kempen Baca@Ramadan dengan membuka bazar di hadapan kedainya bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pengurus Jualan Hasani Edar, Tuan Faizal berkata melalui bazar yang diwujudkan ini mampu menonjolkan buku-buku khas sempena Ramadan.

Selain itu, bagi beliau melalui bazar buku seperti ini dapat mengetahui buku-buku promosi Baca@Ramadan.

Hasani Edar Sdn bhd memberi fokus kepada buku agama, masakan dan novel Islam di bazar mereka  bagi menarik lebih ramai pembeli di bulan Ramadan.

Bazar yang diadakan bermula sejak awal Ramadan sehingga 30 Ramadan ini menampilkan buku-buku terkini Baca@Ramadan selain diskaun 25 peratus kepada pelanggan yang membeli buku khas Ramadan.

Tuan Faizal berkata, berbanding tahun lepas, jualan di Hasani Edar tahun ini menunjukkan peningkatan yang menggalakkan hasil bazar buku yang dibuka sempena Ramadan.

Tuan dan puan yang berada di sekitar Sungai Petani masih berpeluang mendapatkan buku-buku keluaran PTS di Bazar buku yang terletak di hadapan Hasani Edar Sungai Petani sehingga 30 Ramadan ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024