Artikel
Makluman Ralat pada buku Khalid
oleh Helmi pada 02 Dec 2009
Pada perang Muktah, Khalid Al Walid sekali lagi menggunakan strategi di perang Uhud iaitu berundur ke Madinah selepas merasakan tentera Islam yang tinggal tidak mampu menahan serangan 200 ribu tentera Rom. Pada Perang Yarmuk, Khalid Al Walid kembali dan kali ini beliau menghancurkan kekuatan Rom.
Jelas daripada dua peperangan itu, Khalid Al Walid walaupun digelar sebagai 'Pedang Allah', beliau adalah seorang yang pakar strategi yang agung. Beliau tidak menyerang melulu, sebaliknya sedia berundur demi kejayaan tentera di bawah pimpinannya.
Dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Khalid Al Walid – Pedang Allah dalam Novel Khalid Al Walid – Memburu Syahid terbitan PTS.
Ralat: pada muka surat 322, ada ayat yang tertinggal iaitu 'pihak yang benar dan Tuhan akan membantu mereka!' Pihak kami memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini. (Ralat ini berlaku untuk cetakan kelima)