Artikel

Memasak dengan Mudah: Resipi Masakan Ikan, Daging, dan Kambing

oleh Aminah Harun pada 18 Jun 2014

Ingin menyediakan masakan tradisional dalam masa satu jam? Apakah jenis bahan yang diperlukan? Buku masakan tradisional yang mudah, ringkas, dan enak oleh Chef Hanieliza akan membantu anda menjawab persoalan ini.

Dapatkan buku Senangnya Memasak Kambing, Senangnya Memasak Daging, dan Senangnya Memasak Ikan telah terjual lebih 50 000 naskhah.

Terdapat 23 jenis resipi bagi masakan ikan, daging, dan kambing serta 7 resipi baru diperkenalkan dengan langkah-langkah yang mudah dan ringkas, malah mampu dicuba oleh anda yang mahir memasak mahupun yang mahu belajar memasak. Setiap sajian disediakan dengan hidangan kuantiti bilangan dalam masa kurang satu jam.

Selain dari itu, terdapat juga informasi jangka masa yang diperlukan bagi penyediaan makanan dan kuantiti bilangan penyediaan makanan bagi memudahkan pembaca membuat persediaan sebelum memasak.  Dengan harga yang berpatutan, buku-buku ini mampu dimiliki oleh setiap orang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024