Resipi Sajian Terbaik: Masakan Barat dan Laut

oleh Amirah pada 19 Jun 2014

senangnya_revamp_makanan_barat_web_1-240x365

Penggemar masakan barat dan laut? Ini masanya untuk anda mencuba teknik mudah dan ringkas dalam masa kurang satu jam bagi menyediakan hidangan yang enak dan lazat oleh Chef Hanieliza.

Dengan penjualan lebih 50 000, buku edisi kedua Senangnya Memasak Makanan Barat dan Senangnya Memasak Makanan Laut ini menyediakan 23 jenis resipi bagi setiap masakan dari barat dan laut dimuatkan dengan 7 resipi baru.

Senangnya Memasak Makanan Laut memaparkan hidangan laut seperti ketam, udang, sotong, siput, kerang, dan lala. Bagi Senangnya Memasak Makanan Barat pula memaparkan masakan lazat seperti salad, pai, makaroni, pasta, spageti, burger, ayam panggang, dan lain-lain.

Ilustrasi yang menarik membantu pembaca menyediakan hidangan dengan langkah yang mudah, padat, dan ringkas. Selain itu, turut disediakan informasi bilangan hidangan bagi setiap masakan bagi memudahkan penyediaan sebelum memasak.

Dengan harga yang berpatutan, buku resipi ini mampu dimiliki oleh penggemar masakan yang mahir mahupun yang ingin belajar memasak.