Artikel

Memasak Itu Mudah: Idea Bekal ke Pejabat- Menu Asia

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 18 Jun 2015

Siapa kata orang dewasa tidak boleh membawa bekal ke pejabat? Siapa kata bekalan makanan hanya untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah sahaja?

Jikalau anda berfikiran begitu, ternyata anda harus perbetulkan semula persepsi tersebut.

Kali ini Siri Idea Bento oleh Chef Azian hadir dengan kelainan dalam buku terbaru beliau iaitu Idea Bekal ke Pejabat Menu Asia yang pasti dapat memenuhi selera golongan dewasa yang berkerjaya.

Kini tiada alasan lagi bagi golongan dewasa untuk tidak membawa bekal makanan ke pejabat.

Terdapat himpunan 44 idea hidangan ditampilkan di dalam buku ini bagi menjimatkan perbelanjaan harian ke pejabat.

Al maklum sahaja perbelanjaan seharian juga sekarang sudah makin naik mendadak.

Mungkin dengan cara ini, kita dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan dengan lebih bijak kan?

Bukan itu sahaja, setiap menu telah disertakan sekali bersama durasi menyediakan bahan dan tempoh masakan yang boleh membantu anda dalam menjimatkan masa penyediaan.

Resipi-resipi yang dikongsikan bersama bukanlah resipi yang pelik-pelik dan bahan masakan juga mudah didapati berpandukan buku ini.

Disebabkan itu, orang yang jarang masak juga mungkin akan lebih bermotivasi untuk masuk ke dapur kerana hidangannya sangat mudah untuk diikuti.

Gambar-gambar hidangan di setiap helaian muka surat dapat menaikkan selera setiap para pembaca dan pasti menambat hati buat penggemar hidangan berkhasiat.

Akhir kata, empat perkataan dapat menggambarkan kehebatan buku ini.

Mudah, Cepat Jimat dan Menyelerakan!

Jangan ketinggalan untuk mencuba masak sendiri resipi-resipi daripada buku ini. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024