Artikel

Memilih Penerbit.

oleh Helmi pada 07 May 2004

Terdapat banyak penerbit di Malaysia. Masing-masing mempunyai pasaran yang berlainan. Ada penerbit yang hanya menerbitkan buku-buku agama, ada juga yang hanya buku-buku ulangkaji.

Untuk setiap kategori produk, ada nama-nama dominan yang banyak menerbitkan buku didalam bidang itu.

Saya cuba senaraikan disini, mengikut apa yang saya tahu. Senarai ini tidaklah atoritatif atau terkini.


+ Novel - Alaf21, Creative Enterprise, Rhythm dan juga Utusan Publications.

+ Agama - Al Hidayah, Jahabersa, Darul Numan, Berlian Publications.

+ Buku Umum - Utusan Publications, Dewan Bahasa dan Pustaka, Golden Book Center, PTS, Pelanduk.

+ Buku Komputer - Venton

+ Buku Silibus Peperiksaan - Fajar Bakti, Pelangi, Sasbadi, Cerdik.

Boleh dikatakan yang setiap penerbit, ada bidang fokusnya. Oleh iu, penting bagi pengarang mencari dan mengkaji penerbit yang sesuai untuk karyanya. Jika anda menghantar cadangan yang tidak sesuai dengan konsep penerbitan sesuatu publishing house itu, maka ada kemungkinan karya anda ditolak.

Di PTS sendiri, ada 3 publishing house dengan fokus yang berbeza.

+ PTS Millennia Sdn Bhd - menerbitkan buku-buku popular untuk pasaran kedai buku.

+ PTS Professional Publishing Sdn Bhd - menerbitkan buku-buku kegunaan pelajar dan pengamal. Pada masa ini bidang tumpuannya adalah Pendidikan dan Bisnes.

+ PTS One Sdn Bhd - memfokus kepada buku-buku kanak-kanak islam.

Dalam tempoh 2 tahun kehadapan, kami mungkin akan menubuhkan beberapa lagi publishing house dengan fokus yang berbeza.

Anda boleh memilih kami sebagai penerbit anda (jika bersesuaian), atau juga memilih penerbit lain yang lebih sesuai. Apa yang penting ilmu anda itu dapat disampaikan kepada masyarakat.

Selamat memilih penerbit.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024