Artikel
‘Mengapa Gagal menjual’ Bongkar Rahsia Jurujual Berjaya
oleh Roziyah pada 01 Oct 2010
Rahsia jurujual terletak dalam diri mereka yang bergelar jurujual, bukan bergantung pada produk ataupun organisasi yang diwakili. Apabila motif betul, tindakan yang dilakukan tepat, hasilnya sudah tentu menyebelahi jurujual.
Menurut penulis buku Mengapa Gagal Menjual, Tuan Zamri Aminuddin, penjual harus bermain dengan emosi pelanggan agar pelanggan lebih dekat dengan penjual.
"80 peratus pengguna membeli mengikut emosi. Kerana itulah penjula harus bijak memainkan pelanggan sebagai sahabat baik kita," jelas Tuan Zamri.
Bagi beliau setiap orang merupakan jurujual dan bezanya apa yang kita jual.
"Dalam diri kita sudah ada sifat jurujual, yang membezakannya adalah tujuan kita," jelas beliau lagi.
Buku ini bukan sahaja sesuai bagi jurujual malah sesuai buat semua orang yang ingin menempa kejayaan.
Tuan dan puan juga bakal menemui hakikat tiada yang dapat memberi kepuasan sebenar kepada pelanggan selain daripada kelebihan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah mereka.
"Tanpa ilmu ini, tuan dan puan mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan yang terbaik tetapi tidak laku di pasaran kerana tidak mengetahui cara menjualnya," jelas beliau lanjut.
Zamri Aminudin merupakan Pengurus Pusat Pendidikan Berterusan (ICCE), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia(UUM). Beliau juga merupakan penterjemah bebas dan pernah mengikuti kursus asas terjemahan Institusi Terjemahan Negara(ITNM).
Penulis buku Mengapa Gagal Berjaya, Tuan Zamri Aminuddin
Beliau yang pernah menjadi jurujual dan memiliki agensi jualan amanah saham menulis buku ini atas inisiatif ingin berkongsi ilmu dan pengalaman suka duka beliau sebagai jurujual.