Artikel

Menjawab Isu Agama:Nikah Mut’ah

oleh Khairul Aswad Khairul Anuar pada 24 Jun 2015

Bernikah itu memang seronok sebenarnya. Tiada siapa yang tidak ingin bernikah.

Walaupun seseorang itu menafikannya di mulut, namun jauh di sudut hati pasti ada tersimpan hasrat untuk menjalankan sunnah rasul junjungan kita itu.

Kalau dilihat sekitar zaman ibu dan ayah kita dulu-dulu, seawal umur belasan tahun mereka sudah digalakkan bernikah.

Namun, situasi zaman millenium ini, memperlambatkan pernikahan itu satu yang biasa.

Jika didesak keluarga, ada yang sanggup bernikah secara kontrak dengan pasangan. Ya, itu tidak mustahil.

Di dalam Islam, itu dipanggil Nikah Mut’ah.

Buku terbaru keluaran PTS ini akan menceritakan dengan lanjut mengenai apa itu nikah mut’ah atau kita lebih kenal dengan nikah kontrak.

Kita pasti sering melihat dalam televisyen atau membaca dalam novel mengenai kisah kahwin secara kontrak.

Secara dasarnya, ia memang seperti itu. Namun, hukumnya bagaimana?

Terdapat hadith mengatakan sesiapa yang melakukan nikah mut’ah sebanyak empat kali, maka darjatnya sama dengan darjat Nabi Muhammad s.a.w.

Benarkah begitu?

Bukankah nikah mut’ah ini hanya tujuan untuk memuaskan nafsu sahaja?

Sedangkan Islam mementingkan keharmonian dan sangat menjaga pertalian dalam satu hubungan? Maka, menjadi tugas anda untuk membaca buku ini.

Penceritaan yang digunakan adalah senang dihadam.

Walaupun sarat dengan ayat-ayat Al-Quran, tetapi penterjemahan oleh penulis yang berkelulusan PhD Universiti Al-Azhar ini mampu membuatkan kita memahami apa yang cuba disampaikan tanpa perlu membelek berulang kali.

Jadi, jika anda sudah berkira-kira untuk melakukan nikah mut’ah ini, marilah membaca buku ini.

Di akhir buku, anda pasti sudah mengetahui apa itu nikah mut’ah. Maka selepas itu, tepuk dada dan tanyalah selera anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024