Artikel

Menulis Buku Agama untuk Non Muslim

oleh Helmi pada 01 Jun 2005

MANUAL MENULIS BUKU-BUKU AGAMA BAGI PEMBACA BUKAN ISLAM

PENDAHULUAN
Buku-buku agama yang diterbitkan oleh PTS ditujukan kepada pembaca bukan Islam oleh itu ciri-ciri gaya bahasa dan gaya penulisan buku-buku PTS berbeza daripada buku-buku agama Islam untuk bacaan orang-orang Islam.

Dua ciri utama buku-buku agama untuk bacaan bukan Islam adalah:

1.Tidak ada teks dalam tulisan Arab.
2.Tidak menggunakan kata pinjaman Arab.
3.Tidak menuliskan mesej-mesej yang dapat menyebabkan pembaca bukan Islam melihat Tuhan orang-orang Islam itu Tuhan yang punitif, yakni kejam.
4.Tidak menuliskan mesej-mesej yang memberi gambaran Islam itu agama yang berat, susah diikuti, terlampau banyak larangan, suka menghukum dengan hukuman berat dan zalim.

GAYA PENYAMPAIAN KANDUNGAN BUKU

1.Gunakan gaya bahasa objektif, logikal dan rasional. Jangan gunakan perkataan-perkataan subjektif dan beremosi.
2.Jangan mengarang sebagaimana mengarang teks khutbah.
3.Jangan mengajar-ajar pembaca.
4.Jangan menyeru-nyeru pembaca.
5.Jangan menyuruh-nyuruh pembaca.
6.Jangan memuji-muji Islam. Terangkan ciri-ciri Islam.
7.Jangan memuji-muji Nabi Muhammad. Terangkan sifat-sifat beliau dengan mengemukakan apa yang beliau lakukan dan katakan.
8.Jangan memuji-muji Allah. Terangkan sifat-sifat Allah tanpa memuji-muji Allah.

CARA MEMBUAT PETIKAN HADITH

Nota: Ingat, kita tidak menulis buku hadis sebagai suatu bidang ilmu untuk dibaca oleh pakar-pakar hadith. Kita menulis buku tentang perkara-perkara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad bagi bacaan orang-orang bukan Islam, oleh itu kita cuma menerangkan prinsip-prinsip yang disebutkan dalam kata-kata yang pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad.

1.Jangan petik banyak-banyak hadith bagi menerangkan sesuatu prinsip. Pilih satu hadith sahaja.

2.Jangan petik seluruh hadith apabila hadith itu panjang. Petik frasa yang relevan sahaja.

3.Jangan tulis hadith dalam perenggan yang berasingan. Tulis dalam perenggan yang sama dengan teks yang menerangkan hadith itu.

4.Jangan tuliskan sumber hadith.

5.Jangan tulis teks Arabnya.

5. PERINGATAN PENTING: Jangan salin secara verbatim teks terjemahan hadith yang terdapat dalam karya orang lain. Ia menyalahi Akta Harta Intelektual. (Dalam Islam hukum perbuatan itu adalah perbuatan mencuri, boleh dipotong tangan.)

Cara di bawah adalah SALAH:

Rasulullah s.a.w. sendiri memuliakan orang-orang mukmin yang bekerja keras siang dan malam meraih rezeki yang halal untuk keluarganya:-

Maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berusaha dan maju. Barangsiapa yang bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza Wajalla (H.R. Ahmad)

Maksudnya: Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kesusahan dalam mencari nafkah (H.R. Athabrani)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala senang melihat hambaNya bersusah payah (lelah) dalam mencari rezeki yang halal (H.R. Addailani)

Cara di bawah adalah betul:

Nabi Muhammad memuliakan orang-orang yang bekerja keras siang dan malam bagi menyara keluarganya. Beliau pernah berkata, dengan maksud, Tuhan senang pada sesiapa yang bersusah payah mencari pendapatan dengan cara-cara yang baik.

CARA MEMBUAT PETIKAN DARI QURAN

Nota: Ingat, kita tidak menulis buku berkenaan Quran sebagai suatu bidang ilmu untuk dibaca oleh pakar-pakar Islam. Kita menulis buku tentang perkara-perkara yang disebutkan dalam Quran bagi bacaan orang-orang bukan Islam, oleh itu kita cuma menerangkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Quran.

1. Jangan petik banyak-banyak ayat Quran bagi menerangkan satu prinsip. Pilih satu ayat sahaja.

2. Jangan petik seluruh ayat Quran itu apabila ayat itu panjang. Petik frasa yang relevan sahaja.

3. Jangan tulis ayat Quran itu dalam perenggan yang berasingan. Tulis dalam perenggan yang sama dengan teks yang menerangkan ayat itu.

4. Jika terjemahan itu bersifat frasa pendek, frasa itu boleh disalin sebab frasa pendek tidak dilindungi oleh Akta Harta Intelektual. Contoh frasa pendek adalah Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

5. Jangan tulis teks Arabnya.

6. Jangan tulis angka rujukan ayat begini ....(ayat).... (2: 11-14) (SALAH) ataupun begini ....(ayat).... (surah Al-Baqarah: 11-14) (SALAH) Cara yang betul adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

7. PERINGATAN PENTING: Jangan salin secara verbatim teks terjemahan ayat Quran yang panjang yang terdapat dalam karya orang lain. Ia menyalahi Akta Harta Intelektual. (Dalam Islam hukum perbuatan itu adalah perbuatan mencuri, boleh dipotong tangan.)

Cara di bawah adalah salah:
Aurat adalah ketetapan dari Allah s.w.t. Perintah menutup aurat telah diterangkan secara jelas di dalam al-Quran:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya… (Surah an-Nur :31)

Cara di bawah adalah betul:

Dalam Quran, ada ayat yang menerangkan bahagian tubuh yang mesti ditutup oleh kaum wanita. Ayat ke-31 dalam bab yang bertajuk Nur menyuruh wanita supaya jangan menampakkan perhiasan yang mereka pakai dan supaya mereka memakai tudung yang menutupi dada mereka.

GELARAN
Imam Syafei (SALAH) Syafei (BETUL)
Nabi besar junjungan (SALAH) Nabi Muhammad (BETUL)
Ummul Mukminin (SALAH) isteri-isteri Nabi Muhammad (BETUL)
Saidatina Aisyah (SALAH) Aisyah bt Abu Bakar (BETUL)
Saidina Abu Bakar (SALAH) Abu Bakar (BETUL)

EJAAN NAMA ARAB
Abi Abu (BETUL)
Abi Bakr (SALAH) Abu Bakar (BETUL)
Aisyah (SALAH) Aisyah (BETUL)
Khuwailid (SALAH) Khalid (BETUL)
Nasr (SALAH) Nasar / Nasir (BETUL)

EJAAN NAMA TEMPAT
Masjidilharam (SALAH) Masjid Besar Mekah / Masjid Agung Mekah (BETUL)
Masjid Nabawi (SALAH) Masjid Nabi Muhammad (BETUL)
ayat Makiyyah (SALAH) ayat Mekah (BETUL)
ayat Madaniyyah (SALAH) ayat Madinah (BETUL)

SANJUNGAN & PUJI-PUJIAN
Aisyah ra (SALAH) Aisyah bt Abu Bakar (BETUL)
Abu Bakar ra (SALAH) Abu Bakar (BETUL)
Agama Islam yang suci (SALAH) Agama Islam (BETUL)
Kota Suci Mekah (SALAH) Kota Mekah (BETUL)
Nabi Besar Muhammad SAW (SALAH) Nabi Muhammad (BETUL)

ARTIKEL AL-
Al-hadith (SALAH) hadis (BETUL)
As-Sunnah (SALAH) sunah (BETUL)
As-Sayuti (SALAH) Sayuti (BETUL)
As-Syafii (SALAH) Syafei (BETUL)
Al-Quran (SALAH) Quran (BETUL)
Kitab Al-Itqan (SALAH) buku yang bertajuk Al-Itqan (BETUL)
Surah Al-Baqarah (SALAH) Bab yang bertajuk Lembu Betina atau dalam bahasa Arabnya, Al-Baqarah (BETUL)
Umar al-Khattab (SALAH) Umar bin Khatab (BETUL)

EJAAN SABDU
Abbas (SALAH) Abas (BETUL)
daawah (SALAH) dakwah (BETUL)
jahiliyyah (SALAH) jahiliah (BETUL)
maaruf (SALAH) makruf (BETUL)
Siddiq (SALAH) Sidiq (BETUL)
sunnah (SALAH) sunah (BETUL)
Taimiyyah (SALAH) Taimiah (BETUL)

HURUF AIN
Jumaat (SALAH) Jumaat (BETUL)
Kaab (SALAH) - Kaab (BETUL)
Muaz (SALAH) Muaz (BETUL)
Numan (SALAH) Nukman (BETUL)
Quran (SALAH) Quran (BETUL)
Syafei (SALAH) Syafei (BETUL)

HURUF BESAR
seorang Nabi (SALAH) seorang nabi (BETUL)
nabi Muhammad (SALAH) Nabi Muhammad (BETUL)
Surah Ali Imran (SALAH) surah Ali Imran (BETUL)
ilmu Fiqh (SALAH) ilmu fiq (BETUL)
ilmu Tawhid (SALAH) ilmu tawhid (BETUL)
Maha Pengasih (SALAH) maha pengasih (BETUL)
Allah yang Maha Berkuasa (SALAH) Tuhan yang maha berkuasa (BETUL)

SELAWAT
Nabi Muhammad SAW (SALAH) Nabi Muhammad

KATA GANTINAMA NYA
kepada-Ku (SALAH) kepadaku (BETUL)
kepada-Mu (SALAH) kepadamu (BETUL)
kepada-Nya (SALAH) kepadanya (BETUL)

PENAMBAHAN ARAB
duniawi (SALAH) dunia (BETUL)
Islamiah (SALAH) Islam (BETUL)
lahiriah (SALAH) fizikal (BETUL)
manusiawi (SALAH) manusia (BETUL)
zahiriah (SALAH) luaran (BETUL)

FRASA ARAB
Aisyah meriwayatkan…. (SALAH) Aisyah melaporkan….. (BETUL)
amar maaruf nahi mungkar (SALAH) menggalakkan yang baik, mencegah yang buruk (BETUL)
Berkata Rasulullah,.... (SALAH) Nabi Muhammad berkata,.... (BETUL)
Dari Aishah, .... (SALAH) Aisyah melaporkan,..... (BETUL)
Firman Allah, dengan maksud,..... (SALAH) - ayat dalam Quran yang bermaksud,..... (BETUL)
Hadis riwayat Bukhari… (SALAH) Bukhari melaporkan suatu hadis yang bermaksud…. (BETUL)
Hadis riwayat Muslim dari Ubay…. (SALAH) Muslim melaporkan sebuah hadis yang bermaksud….. / Muslim melaporkan beliau pernah mendengar Ubay mengatakan Nabi Muhammad pernah berkata…. (BETUL)
Hamba Allah (SALAH) manusia (BETUL)
Para sahabat (SALAH) sahabat-sahabat karib Nabi Muhammad (BETUL)
tuntutan syarak (SALAH) undang-undang Islam (BETUL)

PERKATAAN ARAB
ahli (SALAH) pakar (BETUL)
aku (SALAH) saya (bagi Nabi Muhammad) (BETUL)
aku (SALAH) aku (bagi Allah) (BETUL)
Allah (SALAH) Tuhan (BETUL)
Allah SWT (SALAH) Tuhan (BETUL)
amal (SALAH) perbuatan baik (BETUL)
amal soleh (SALAH) perbuatan baik / perbuatan yang disuruh oleh Tuhan (BETUL)
anak soleh (SALAH) anak yang baik (isteri soleh isteri yang baik) (BETUL)
aurat (SALAH) bahagian tubuh yang mesti ditutup (BETUL)
asbab (SALAH) sebab (BETUL)
ayat suci (SALAH) ayat Quran (BETUL)
azab (SALAH) siksa (BETUL)
baginda (SALAH) beliau (BETUL)
beriman (SALAH) percaya pada Tuhan (BETUL)
berkat (SALAH) mendatangkan kebaikan (BETUL)
bersabda (SALAH) berkata (BETUL)
berfirman (SALAH) - berkata (BETUL)
dalil (SALAH) bukti (BETUL)
derhaka kepada Allah (SALAH) menolak suruhan Tuhan (BETUL)
diperkenankan Allah (SALAH) diterima Tuhan (BETUL)
diwahyukan (SALAH) (tukar dengan ayat lain) (BETUL)
dua kalimah syahadah (SALAH) mengaku dia percaya adanya Tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruh Tuhan (BETUL)
duniawi (SALAH) keduniaan / materialistik (BETUL)
fardu (SALAH) mesti dilakukan (BETUL)
fardu ain (SALAH) kewajipan peribadi (BETUL)
fardu kifayah (SALAH) kewajipan terhadap masyarakat / kewajiban sebagai anggota masyarakat (BETUL)
firman Allah (SALAH) dalam Quran ada ayat yang bermaksud ..... (BETUL)
fuquha (SALAH) pakar undang-undang Islam (BETUL)
ghaib (SALAH) tidak dapat dilihat dengan mata (BETUL)
hadirat (SALAH) hadirin (BETUL)
hadith (SALAH) kata Nabi Muhammad / Nabi Muhammad pernah berkata, ....... / Nabi Muhammad berpesan, ......... (BETUL)
halal (SALAH) dibenarkan (BETUL)
hamba Allah (SALAH) orang / individu / manusia / barang siapa / sesiapa (BETUL)
hambaNya (SALAH) barang siapa / sesiapa (BETUL)
haram (SALAH) tidak dibenarkan (BETUL)
hudud (SALAH) undang-undang had (BETUL)
ibadah (SALAH) perbuatan baik (BETUL)
ibadat, beribadat (SALAH) menyembah Tuhan (BETUL)
ibnu (SALAH) bin (Usman ibnu Affan Usman bin Affan) (BETUL)
ibrah (SALAH) pengajaran/ prinsip (BETUL)
ijtihad (SALAH) pendapat pakar agama (BETUL)
ikhtiar (SALAH) inisiatif, daya usaha (BETUL)
Ilahi (SALAH) Tuhan, Allah (BETUL)
iman (SALAH) kepercayaan / keyakinan (BETUL)
insani (SALAH) insan, manusia (BETUL)
istinbat (SALAH) penyelidikan (BETUL)
jahiliah (SALAH) (kaum jahiliah orang-orang Arab yang belum memeluk Islam) (BETUL)
jamak (SALAH) plural / banyak (BETUL)
Kafir (SALAH) bukan Islam / belum memeluk Islam (BETUL)
kalamullah (SALAH) Quran, kata-kata Tuhan (BETUL)
kalimat (SALAH) kata-kata / ayat (BETUL)
ke-Islaman (SALAH) keislaman (BETUL)
khalifah al-rasyidin (SALAH) empat orang khalifah yang utama iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. (BETUL)
kitab (SALAH) buku, karyanya (BETUL)
lafaz (SALAH) sebutan (BETUL)
Madaniyyah (SALAH) Madinah (BETUL)
Makiyyah (SALAH) Mekah (BETUL)
mafhumnya (SALAH) maknanya (BETUL)
manfaat (SALAH) kebaikan, faedah (BETUL)
maulud Nabi (SALAH) hari lahir Nabi Muhammad (BETUL)
maulidurasul (SALAH) _ hari lahir Nabi Muhammad (BETUL)
mazhab (SALAH) aliran / fahaman / falsafah (BETUL)
membelakangkan perintah Allah (SALAH) tidak mematuhi suruhan Tuhan (BETUL)
meriwayatkan (SALAH) melaporkan (BETUL)
mubayyan
mudarat (SALAH) kesan buruk, kerugian (BETUL)
muhkam
mujahid
mujmal
mukadimah (SALAH) pengenalan, pembukaan (BETUL)
mukjizat (SALAH) tanda-tanda kekuasaan Tuhan / tanda-tanda kenabian / tanda-tanda beliau seorang nabi. (BETUL)
mukmin (SALAH) orang Islam (BETUL)
mukminin (SALAH) orang Islam (BETUL)
muqayyad
murka (SALAH) marah (BETUL)
muslim (SALAH) Islam (BETUL)
muslimat (SALAH) wanita Islam (BETUL)
muslimin (SALAH) orang Islam (BETUL)
mutlaq (SALAH) mutlak / absolut (BETUL)
nabawiyyah (SALAH) nabi (BETUL)
nas (SALAH) ayat Quran (BETUL)
nuzul al Quran (SALAH) turunnya Quran (BETUL)
pentasyih penilai (BETUL)
perintah Allah (SALAH) suruhan Tuhan (BETUL)
qadim (SALAH)
qiraat (SALAH) cara membaca (BETUL)
rasm Usmani (SALAH)
rasul (SALAH) nabi besar / utusan Tuhan (BETUL)
rasulullah (SALAH) utusan Tuhan (BETUL)
rawi / perawi (SALAH) pelapor (BETUL)
reda (SALAH) rela
keredaan Allah (SALAH) kerana Tuhan (BETUL)
risalah (SALAH) ajaran (BETUL)
riwayat (SALAH) laporan (BETUL)
sabda (SALAH) kata (BETUL)
sah (SALAH) diterima (BETUL)
sahih (SALAH) betul / benar / sah (hadith sahih hadith yang benar) (BETUL)
salawat (SALAH) mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad (BETUL)
samawi (SALAH) Arab dan Yahudi / keturunan Nabi Ibrahim (BETUL)
solat (SALAH) sembahyang (BETUL)
solat fardhu (SALAH) sembahyang harian (BETUL)
sunat (SALAH) baik apabila dilakukan (BETUL)
sunnah (SALAH) perbuatan dan kata-kata Nabi Muhammad (BETUL)
sunnatullah (SALAH) ajaran Islam (BETUL)

surah (SALAH) bab (BETUL)
syarak (SALAH) Islam / undang-undang Islam (BETUL)
syarat (SALAH) kriteria (BETUL)
syariat (SALAH) ajaran Islam (BETUL)
syirik (SALAH) takut pada perkara-perkara lain selain Tuhan (BETUL)
takabbur (SALAH) takbur / cakap besar (BETUL)
takwa (SALAH) yakin pada Tuhan (BETUL)
takwil (SALAH) makna yang betul (BETUL)
tafsir (SALAH) penjelasan / penerangan (BETUL)
tafsiriah (SALAH) tafsir / penjelasan / penerangan (BETUL)
tajwid (SALAH) peraturan sebutan dan nahu (BETUL)
takrif (SALAH) definisi (BETUL)
tauhid (SALAH) keyakinan pada Tuhan (BETUL)
transliterasi (SALAH) alih huruf (BETUL)
ubudiyyah (SALAH) patuh (BETUL)
ulama (SALAH) pakar / pakar agama (BETUL)
wafat (SALAH) meninggal dunia (BETUL)
wahyu (SALAH) mesej dari Tuhan (BETUL)
wajib (SALAH) mesti dilakukan (BETUL)
wakaf (SALAH) sedekah untuk kegunaan orang ramai (BETUL)
yakin (SALAH) percaya (BETUL)
yakni (SALAH) iaitu (BETUL)
zaman (SALAH) masa (BETUL)
zaman rasululla (SALAH) h pada masa Nabi Muhammad (BETUL)
zimmi (SALAH) warga bukan Islam yang dilindungi (BETUL)
zina (SALAH) seks luar nikah (BETUL)
zuhud (SALAH) hidup sederhana (BETUL)


MANUAL EDITOR UNTUK BUKU-BUKU AGAMA BAGI PEMBACA BUKAN ISLAM

GELARAN
Imam Syafei Syafei
Nabi besar junjungan Nabi Muhammad
Ummul Mukminin isteri-isteri Nabi Muhammad
Saidatina Aisyah Aisyah bt Abu Bakar
Saidina Abu Bakar Abu Bakar

EJAAN NAMA ARAB
Abi Abu
Abi Bakr Abu Bakar
Aisyah Aisyah
Khuwailid Khalid
Nasr Nasar / Nasir

EJAAN NAMA TEMPAT
Masjidilharam Masjid Besar Mekah / Masjid Agung Mekah
Masjid Nabawi Masjid Nabi Muhammad
ayat Makiyyah ayat Mekah
ayat Madaniyyah ayat Madinah

SANJUNGAN & PUJI-PUJIAN
Aisyah ra Aisyah bt Abu Bakar
Abu Bakar ra Abu Bakar
Agama Islam yang suci Agama Islam
Kota Suci Mekah Kota Mekah
Nabi Besar Muhammad SAW Nabi Muhammad

ARTIKEL AL-
Al-hadith hadis
As-Sunnah sunah
As-Sayuti Sayuti
As-Syafii Syafei
Al-Quran Quran
Kitab Al-Itqan buku yang bertajuk Al-Itqan
Surah Al-Baqarah Bab yang bertajuk Lembu Betina atau dalam bahasa Arabnya, Al-Baqarah
Umar al-Khattab Umar bin Khatab

EJAAN SABDU
Abbas Abas
daawah dakwah
jahiliyyah jahiliah
maaruf makruf
Siddiq Sidiq
sunnah sunah
Taimiyyah Taimiah

HURUF AIN
Ijazul
Jumaat Jumaat
Kaab - Kaab
Muaz Muaz
Numan Nukman
Quran Quran
Syafei Syafei

HURUF BESAR
seorang Nabi (SALAH) seorang nabi (BETUL)
nabi Muhammad (SALAH) Nabi Muhammad (BETUL)
Surah Ali Imran (SALAH) surah Ali Imran (BETUL)
ilmu Fiqh (SALAH) ilmu fiqh
ilmu Tawhid (SALAH) ilmu tawhid (BETUL)
Maha Pengasih (SALAH) maha pengasih (BETUL)
Allah yang Maha Berkuasa (SALAH) Tuhan yang maha berkuasa (BETUL)

SELAWAT
Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad

KATA GANTINAMA NYA

kepada-Ku kepadaku
kepada-Mu kepadamu
kepada-Nya kepadanya

PENAMBAHAN ARAB
duniawi dunia
Islamiah Islam
lahiriah fizikal
manusiawi manusia
zahiriah luaran

FRASA ARAB
Aisyah meriwayatkan…. Aisyah melaporkan…..
amar maaruf nahi mungkar menggalakkan yang baik, mencegah yang buruk
Berkata Rasulullah,.... Nabi Muhammad berkata,....
Dari Aishah, .... Aisyah melaporkan, .....
Hadis riwayat Bukhari… Bukhari melaporkan suatu hadis yang bermaksud….
Hadis riwayat Muslim dari Ubay…. Muslim melaporkan sebuah hadis yang bermaksud….. / Muslim melaporkan beliau pernah mendengar Ubay mengatakan Nabi Muhammad pernah berkata….
Hamba Allah manusia
Para sahabat sahabat-sahabat karib Nabi Muhammad
tuntutan syarak undang-undang Islam

PERKATAAN ARAB
ahli pakar
ahli usul
aku saya (bagi Nabi Muhammad)
aku aku (bagi Allah)
Allah Tuhan
Allah SWT Tuhan
amal soleh perbuatan baik / perbuatan yang disuruh oleh Tuhan
anak soleh anak yang baik (isteri soleh isteri yang baik)
aurat bahagian tubuh yang mesti ditutup
asbab sebab
ayat suci ayat Quran
azab siksa
baginda beliau
beriman percaya pada Tuhan
berkat mendatangkan kebaikan
dalil bukti
derhaka kepada Allah menolak suruhan Tuhan
diperkenankan Allah diterima Tuhan
diwahyukan (tukar dengan ayat lain)
dua kalimah syahadah mengaku dia percaya adanya Tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruh Tuhan
duniawi keduniaan / materialistik
fardu mesti dilakukan
fardu ain kewajipan peribadi
fardu kifayah kewajipan terhadap masyarakat / kewajiban sebagai anggota masyarakat
firman Allah dalam Quran ada ayat yang bermaksud .....
fuquha pakar undang-undang Islam
ghaib tidak dapat dilihat dengan mata
hadirat hadirin
hadith kata Nabi Muhammad / Nabi Muhammad pernah berkata, ....... / Nabi Muhammad berpesan, .........
halal dibenarkan
hamba Allah orang / individu / manusia / barang siapa / sesiapa
hambaNya barang siapa / sesiapa
haram tidak dibenarkan
hisbah
hudud undang-undang had
ibadah perbuatan baik
ibadat, beribadat menyembah Tuhan
ibnu bin (Usman ibnu Affan Usman bin Affan)
ibrah pengajaran/ prinsip
ijtihad pendapat pakar agama
ikhtiar inisiatif, daya usaha
Ilahi Tuhan, Allah
iman kepercayaan / keyakinan
insani insan, manusia
istinbat penyelidikan
jahiliah (kaum jahiliah orang-orang Arab yang belum memeluk Islam)
jamak plural / banyak
Kafir bukan Islam / belum memeluk Islam
kalamullah Quran, kata-kata Tuhan
kalimat kata-kata / ayat
ke-Islaman keislaman
khalifah al-rasyidin empat orang khalifah yang utama iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
kitab buku, karyanya
lafaz sebutan
Madaniyyah Madinah
Makiyyah Mekah
mafhumnya   maknanya
manfaat kebaikan, faedah
mantuq
mazhab aliran / fahaman / falsafah
membelakangkan perintah Allah   tidak mematuhi suruhan Tuhan
meriwayatkan melaporkan
mubayyan
mudarat kesan buruk, kerugian
muhkam
mujahid
mujmal
mukadimah pengenalan, pembukaan
mukjizat tanda-tanda kekuasaan Tuhan / tanda-tanda kenabian / tanda-tanda beliau seorang nabi.
mukmin orang Islam
mukminin orang Islam
muqayyad
murka marah
muslim Islam
muslimat wanita Islam
muslimin orang Islam
musyaf
mutasyabih
mutawatir
mutlaq   mutlak
nabawiyyah nabi
nas ayat Quran
nuzul
nuzul al Quran turunnya Quran
pentasyih
perintah Allah suruhan Tuhan
qadim
qiraat cara membaca
rasm Usmani
rasul nabi besar / utusan Tuhan
rasulullah utusan Tuhan
rawi / perawi pelapor
reda rela
keredaan Allah   kerana Tuhan
risalah ajaran
riwayat laporan
sabda kata
sah diterima
sahih betul / benar / sah
hadith sahih hadith yang benar
salawat mendoakan kesejahteraan Nabi Muhammad
samawi Arab dan Yahudi / keturunan Nabi Ibrahim
solat sembahyang
solat fardhu sembahyang harian
sunat baik apabila dilakukan
sunnah perbuatan dan kata-kata Nabi Muhammad
sunnatullah   ajaran Islam
surah bab
syarak Islam / undang-undang Islam
syarat kriteria
syariat ajaran Islam
syirik takut pada perkara-perkara lain selain Tuhan
takabbur takbur / cakap besar
takwa yakin pada Tuhan
takwil makna yang betul
tafsir penjelasan / penerangan
tafsiriah
tajwid   peraturan sebutan dan nahu
takrif definisi
tauhid keyakinan pada Tuhan
transliterasi alih huruf
ubudiyyah patuh
ulama pakar agama
ulama salaf
ulama khalaf
wafat meninggal dunia
wahyu mesej dari Tuhan
wajib mesti dilakukan
wakaf sedekah untuk kegunaan orang ramai
yakin percaya
yakni iaitu
zaman masa
zaman rasulullah pada masa Nabi Muhammad
zimmi warga bukan Islam yang dilindungi
zina seks luar nikah
zuhud hidup sederhana

CARA MEMBUAT PETIKAN HADITH

Nota: Ingat kita tidak menulis buku hadis sebagai suatu bidang ilmu untuk dibaca oleh pakar-pakar hadith. Kita menulis buku tentang perkara-perkara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad bagi bacaan orang-orang bukan Islam, oleh itu kita cuma menerangkan prinsip-prinsip yang disebutkan dalam kata-kata yang pernah diucapkan oleh Nabi Muhammad.

1.Jangan petik banyak-banyak hadith bagi menerangkan satu prinsip. Pilih satu hadith sahaja.
2.Jangan petik seluruh hadith apabila hadith itu panjang. Petik frasa yang relevan sahaja.
3.Jangan tulis hadith dalam perenggan yang berasingan. Tulis dalam perenggan yang sama dengan teks yang menerangkan hadith itu.
4.Jangan tuliskan sumber hadith.
5.Jangan tulis teks Arabnya.
5. PERINGATAN PENTING: Jangan salin secara verbatim teks terjemahan hadith yang terdapat dalam karya orang lain. Ia menyalahi Akta Harta Intelektual. (Dalam Islam hukum perbuatan itu adalah perbuatan mencuri, boleh dipotong tangan.)

Cara di bawah adalah SALAH:

Rasulullah s.a.w. sendiri memuliakan orang-orang mukmin yang bekerja keras siang dan malam meraih rezeki yang halal untuk keluarganya:-

Maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berusaha dan maju. Barangsiapa yang bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza Wajalla  (H.R. Ahmad)

Maksudnya: Sesungguhnya di antara dosa-dosa ada yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun hanya dapat ditebus dengan kesusahan dalam mencari nafkah  (H.R. Athabrani)

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala senang melihat hambaNya bersusah payah (lelah) dalam mencari rezeki yang halal  (H.R. Addailani)

Cara di bawah adalah betul:

Nabi Muhammad memuliakan orang-orang yang bekerja keras siang dan malam bagi menyara keluarganya. Beliau pernah berkata, dengan maksud, Tuhan senang pada sesiapa yang bersusah payah mencari pendapatan dengan cara-cara yang baik.


CARA MEMBUAT PETIKAN DARI QURAN

Nota: Ingat, kita tidak menulis buku berkenaan Quran sebagai suatu bidang ilmu untuk dibaca oleh pakar-pakar Islam. Kita menulis buku tentang perkara-perkara yang disebutkan dalam Quran bagi bacaan orang-orang bukan Islam, oleh itu kita cuma menerangkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Quran.

1. Jangan petik banyak-banyak ayat Quran bagi menerangkan satu prinsip. Pilih satu ayat sahaja.
2. Jangan petik seluruh ayat Quran itu apabila ayat itu panjang. Petik frasa yang relevan sahaja.
3. Jangan tulis ayat Quran itu dalam perenggan yang berasingan. Tulis dalam perenggan yang sama dengan teks yang menerangkan ayat itu.
4. Jika terjemahan itu bersifat frasa pendek, frasa itu boleh disalin sebab frasa pendek tidak dilindungi oleh Akta Harta Intelektual. Contoh frasa pendek adalah Dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
5. Jangan tulis teks Arabnya.
6. Jangan tulis angka rujukan ayat begini .... (ayat) .... (2: 11-14) ataupun begini .... (ayat) .... (surah Al-Baqarah: 11-14)

7. PERINGATAN PENTING: Jangan salin secara verbatim teks terjemahan ayat Quran yang panjang yang terdapat dalam karya orang lain. Ia menyalahi Akta Harta Intelektual. (Dalam Islam hukum perbuatan itu adalah perbuatan mencuri, boleh dipotong tangan.)

Cara di bawah adalah salah:
Aurat adalah ketetapan dari Allah s.w.t. Perintah menutup aurat telah diterangkan secara jelas di dalam al-Quran :-
Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya… (Surah an-Nur :31)
Cara di bawah adalah betul:

Dalam Quran, ada ayat yang menerangkan bahagian tubuh yang mesti ditutup oleh kaum wanita. Ayat ke-31 dalam bab yang bertajuk Nur menyuruh wanita supaya jangan menampakkan perhiasan yang mereka pakai dan supaya mereka memakai tudung yang menutupi dada mereka.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025