Artikel

Meriahkan cuti sekolah bersama PTS dengan Seronoknya Cuti!

oleh Zikri Musa pada 12 Nov 2012

Luar biasa! Cuti sekolah kembali lagi. Seperti biasa PTS Media Group tampil dengan program istimewa untuk pembaca buku PTS iaitu ‘Seronoknya Cuti!’. Kali ini PTS menawarkan pelbagai judul buku mengikut citarasa pembaca bermula daripada kanak-kanak dan remaja!

Bagi edisi kali ini, Seronoknya Cuti! memperkenalkan buku-buku khusus untuk remaja dan kanak-kanak yang dibahagikan mengikut pelbagai kategori. Bermula daripada Siri Super Hero yang melibatkan hero-hero seperti Safee Sali, Siri Seronoknya Mat Despatch, Seronoknya ‘Teen Novel’ dan macam-macam lagi bagi menghiasi cuti adik-adik. Layari suka.pts.com.my bagi senarai lanjut.

PTS juga berbesar hati memberi hadiah istimewa kepada pembaca yang membeli buku-buku kami di kedai-kedai terpilih. Bagi pembaca yang membeli 2 novel PTS, akan menerima set penanda buku istimewa. Manakala bagi pembeli 3 komik-M akan menerima 1 komik misteri. Hanya boleh didapati di kedai-kedai terpilih. Layari suka.pts.com.my bagi senarai lanjut.

Hadiah-hadiah yang lebih hebat dan menarik bernilai RM10,000 juga dijanjikan bagi menghargai penyokong-penyokong setia PTS! Apa! Hadiah bernilai RM10,000? Ya, sertai zoom@PTS dan secara automatik akan berpeluang menerima hadiah-hadiah yang menarik!

Caranya mudah sahaja beli buku PTS dan ambil gambar bersama buku secara kreatif dan hantar terus ke suka.pts.com.my. Rebut peluang ini dan menangi hadiah utama iaitu Google Nexus 7 nanti. Mohon untuk tidak lupa membaca terma dan syarat dahulu sebelum menghantar gambar.

Pastikan juga untuk sentiasa melawat laman Facebook dan laman web PTS bagi mendapatkan maklumat terkini. Pelbagai aktiviti menarik dari PTS menanti pembaca sepanjang cuti ini. Seronoknya Cuti dengan buku-buku PTS!

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024