Artikel

Michael Jackson Terima Royalti USD$310 juta Setelah Tiada

oleh [email protected] pada 24 Feb 2011

Walaupun menerima lebih royalti dari USD$310 juta setelah kematiannya, tabiat berbelanja beliau yang besar telah menghantui legasi penyanyi mega popular tersebut dan memerlukan peguam untuk mencari perjanjian baru dan meyusun semula hutang-hutang lama berdasarkan rekod-rekod di mahkamah.

Beliau telah pergi namun di sebalik itu telah meninggalkan hutang lebih USD$400 juta. Untuk itu, wakil-wakil peguam masih mencuba menyelesaikan kes-kes saman mahkamah yang tertangguh.

Laporan juga menyebut hartanah Michael Jackson membelanjakan USD$159 juta dari Jun 2009 hingga saat pemergiannya pada 2010 dengan sebahagian wang digunakan untuk pengebumiannya serta untuk membelikan keluarga beliau rumah di lembah San Fernando, utara Los Angeles.

Berdasarkan maklumat fail tersebut, kebanyakan hutang-hutang Michael Jackson termasuklah faedah pinjaman dalam katalog muzik yang menampilkan karya-karya The Beatles dan ramai lagi pemuzik berstatus dan berpendapatan tinggi sedang melalui proses pengstrukturan semula.

Sementara wakil-wakil penguam menyelesaikan beberapa kes saman dan hutang tertangguh, ada beberapa lagi kes yang masih dalam perbicaraan. Ini termasuklah pertelagahan tentang isu video muzik 'Thriller'. Sejurus selepas kematian beliau pada usia 50 tahun, wakil guaman telah mula merancang persetujuan untuk memulihkan reputasi Michael Jackson yang telah tercalar sejak sekian lama walalupun sudah terlepas daripada tuduhan pencabulan kanak-kanak beberapa tahun lalu.

Projek-projek yang dirancang termasuklah pelancaran 'This Is It baru-baru ini', sebuah filem yang memaparkan rakaman-rakaman latihan daripada siri-siri persembahan untuk penjelajahyan seluruh negara, muzik video baru dan permainan video dan pelancaran semula otobiografi penyanyi tersebut.

Kebanyakan pulangan dan keuntungan daripada jualan-jualan ini akan disalurkan kepada ketiga-tiga anak Michael Jakcson termasuk ibu mereka, Katherine yang juga penjaga mereka.

 

FM: Ketika hidup di dunia ini, harus bijak dan pandai merancang. Jangan nanti bila sudah tiada, masih menyusahkan orang lain.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025