Artikel

MPH Mutiara Minda lancar Membaca Sambil Beramal edisi Ramadan 2012

oleh Hairul Faizal Adli pada 23 Jul 2012

Buku itu bagaikan mutiara. Untaian mutiara disiapkan oleh penulis dan disempurnakan dengan seni hiasan penerbit. Mutiara yang sangat berharga ini kemudian dipamerkan oleh pekedai untuk dinilai oleh pembaca. Gemerlapan sinar mutiara akan menyinari alam sebagaimana ilmu di dalam buku akan menyinari minda pembaca. Menggunakan analogi yang sangat indah ini, MPH Mutiara Minda sedang mengadakan kempen untuk menebarkan keindahan cahaya ilmu melalui buku. PTS Media Group turut serta bagi merancakkan lagi kempen ini.

Kempen kali bertemakan “Membaca Sambil Beramal”. Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh barakah, ganjaran pahala kita kerana membaca dapat digandakan lagi menerusi sokongan kepada kempen ini. Hasil jualan Kad Mutiara Minda akan disalurkan sepenuhnya kepada rumah-rumah anak yatim terpilih. Dengan rahmat Tuhan yang Maha Penyayang, mudah-mudahan kad yang berharga RM10 ini akan menjadi tiket untuk kita masuk ke syurga.

Sepanjang kempen ini, pelbagai tawaran diskaun menarik disediakan untuk pengunjung kesayangan MPH. Diskaun biasa sebanyak 10% untuk semua buku terbitan rakan-rakan MPH Mutiara Minda. Diskaun sebanyak 20% pula ditawarkan untuk buku-buku terpilih.

PTS Media Group yang setia berkolaborasi dengan MPH Mutiara Minda turut menawarkan variasi buku yang menarik untuk para pembaca. Pastinya pilihan buku ini dapat memberi kepuasan dan nikmat membaca buat kita semua. Istikharah Cinta, Urutan Mesra Buat Si Manja, SMILE, Kuasa Iqra, dan banyak lagi tajuk-tajuk yang menarik terbitan PTS boleh didapati di MPH Mutiara Minda.

Buku-buku berkualiti terbitan Galeri Ilmu, Telaga Biru, Karangkraf, Must Read, dan rakan penerbit yang lain turut memeriahkan lagi lautan ilmu ini dengan koleksi mutiara yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari pangkalan buku bahasa Melayu terbesar di dunia iaitu mphonline.com/em2/laman_utama.aspx dan jangan lupa untuk berkunjung ke outlet-outlet MPH yang berdekatan. Diharapkan kempen MPH Mutiara Minda “Membaca Sambil Beramal” ini dapat membantu para pembaca membuat pilihan terbaik untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024