Artikel

Popular Bookstore meriahkan Ramadan dengan Ramadan @ Popular

oleh Hairul Faizal Adli pada 24 Jul 2012

Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadan, dan ayat yang pertama adalah galakan untuk membaca, Iqra’. Ketibaan bulan Ramadan pada tahun ini sekali lagi memberikan peluang kepada kita untuk kembali menghayati intipati al-Quran dan kembali membudayakan amalan membaca.

Menyedari hakikat ini, POPULAR Bookstore mengambil inisiatif melancarkan kempen Ramadan@Popular dengan tema “Membaca: Beribadah Sambil Beramal”. Menerusi kempen ini, Popular menghimpunkan koleksi buku-buku yang bersesuai bagi membantu kita mencari rahmat dalam sinaran ilmu. Selaras dengan penurunan Iqra` dalam bulan Ramadan, sangat sesuai sekali untuk kita meraikan Ramadan dengan buku. Kempen ini turut menggalakkan masyarakat untuk membaca di bulan Ramadan dengan membeli buku sambil menderma. 10% hasil jualan kempen ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

PTS Media Group yang bertindak sebagai rakan strategik Popular turut menyokong penuh kempen Ramadan@Popular ini. PTS menyediakan pelbagai seleksi buku dan kitab iaitu Riyadus Solihin, Asbabun Nuzul, Pelajar Bertanya Prof Dr Muhaya Menjawab, Ledakan Facebook, dan pelbagai lagi variasi bacaan yang menarik. Bagi menyebarluaskan budaya ilmu dan pengedaran buku-buku ini, outlet Popular di seluruh negara sedia merancakkan kempen ini. Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian boleh mendapatkan buku-buku yang terpilih di outlet Popular yang berhampiran.

Kempen Ramadan@Popular pastinya tidak lengkap tanpa tawaran diskaun yang menarik. Para pembaca akan menerima rebat 10% bagi buku-buku yang terpilih. Dengan setiap pembelian sebanyak RM50 dan ke atas pula, pembaca akan menerima hadiah berupa naskhah surah yassin.

Insya Allah, buku-buku terbitan PTS akan menjadi pelengkap ilmu dan pelengkap kepada kempen Ramadan@Popular ini. Mudah-mudahan pembacaan kita di sepanjang Ramadan dapat menaikkan tingkat ilmu dan darjah keimananan kita. Di samping berkunjung ke masjid yang menjadi destinasi utama kita di bulan Ramadan, jangan lupa untuk singgah membeli juadah ilmu di bazar buku Ramadan@Popular.

Semoga Allah merahmati usaha kita untuk menuntut ilmu dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Semoga setiap helaian buku dan setiap satu huruf yang kita baca dibalas dengan sebesar-besar ganjaran pahala oleh Allah. Marilah kita mencari rahmat dalam sinaran ilmu dengan meraikan Ramadan bersama buku. Ingat Ramadan, ingat Popular, ingat Ramadan@Popular.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024