Artikel

Muhammad di dalam Kitab Bible

oleh Helmi pada 08 Sep 2004

Bukti Satu: Perkataan Mahamuddim di dalam Bible

Di dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Song of Solomon ayat 16 disebutkan:
“His mouth is most sweet:
yea, he is altogether lovely (Mahamuddim)
This is my beloved and this is my friend,
O daughters of Jerusalem”.

Terjemahannya mengikut Bible AlKitab (1996) terbitan The Bible Society of Malaysia adalah:
“Amat manis tutur katanya,
segala yang ada padanya menawan hatiku.
Demikianlah kekasihku dan sahabatku,
Hai puteri-puteri Yerusalem”.

Perkataan he is altogether lovely yang tercatat di dalam Bible sebenarnya adalah terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Ibrani atau Hebrew, iaitu bahasa Yahudi. Perkataan Im dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan. Contohnya im pada perkataan Elohim. Eloh bermaksud ‘Tuhan’ dan im bermaksud yang Maha Mulia. Justeru, Elohim bermaksud ‘Tuhan Yang Maha Mulia’. Apabila kaedah yang sama digunakan pada perkataan Mahamuddim, ia membawa maksud ‘Mahamadd yang mulia’ atau ‘Mahamadd yang terpuji’. Maksud ini selari dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud ‘dia yang terpuji’.

Bukti Dua: Istilah Himdah, Shalom dan Periclytos

Di dalam Kitab Old Testament di dalam versi The Authorised Version of the Bible bab Haggai ayat 7 hingga 10 disebutkan:
“And I will shake all nations,
and the Himdah of all the nations will come;
and I will fill this house with glory, says the Lord of hosts.
Mine is the silver, mine is the gold, says the Lord of hosts,
the glory of my last house shall be greater
than that of the first one, says the Lord of hosts;
and in this place I will give Shalom, says
the Lord of hosts”.

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) adalah:
“Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam:
Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan
langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan
segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan
segala bangsa datang mengalir…
dan di tempat ini Aku akan memberi
damai sejahtera, demikianlah
firman TUHAN semesta alam”.

Perkataan Himdah dan Shalom daripada kitab Perjanjian Lama ini adalah perkataan-perkataan dalam bahasa Yahudi. Bible versi Inggeris menterjemahkan perkataan Himdah dan Shalom sebagai desire dan peace, manakala Bible Indonesia AlKitab menterjemahkannya sebagai ‘barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa’ dan ‘damai sejahtera’.

Berkaitan dengan Himdah, ayatnya yang asal adalah ve yavu himdath kol haggoyim dalam bahasa Inggeris bermaksud and will come the Himdah of all nations yang bermaksud ‘dan akan datang Himdah bagi segala bangsa’. Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf hamada dan ini selari dengan huruf-huruf asal bagi nama Ahmad dan Muhammad.

Shalom pula selari dengan perkataan Arab salama yang melahirkan perkataan Islam. Islam bermaksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia AlKitab menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan perkataan Shalom. Justeru, ayat ini sebenarnya menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya akan dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan bagi manusia. Kisah ini selari dengan Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam.

Di dalam kitab Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasanya yang asal. Dalam bahasa Yunani kuno, perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, glorious and praised atau ‘dia yang terpuji’. Ia selari dengan Hamada dan Ahmad yang juga bermaksud ‘dia yang terpuji’. Ia juga selari dengan Nabi Muhammad.

Bukti Tiga: Datang dari Paran Bersama 10,000 Pengikut

Di dalam Bible versi The Revised Version of the Bible terbitan British and Foreign Bible Society di dalam bahagian Book of Deuteronomy ayat 2 disebutkan:
“The Lord came from Sinai,
and rose up from Seir unto them;
he shined forth from mount Paran, and
he came with ten thousands of saints;
from his right hand went
a fiery law for them”.

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab adalah:
“Berkatalah ia, TUHAN datang dari Sinai
dan terbit kepada mereka dari Seir;
Ia tampak bersinar dari pergunungan Paran
Dan datang dari tengah-tengah puluhan ribu
orang yang kudus; di sebelah kanan-Nya
tampak kepada mereka api yang menyala”.

Berkaitan dengan ini, di dalam buku Muhammad in the Bible karangan Reverend David Benjamin Keldani disebutkan, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia akan datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudian bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang-orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan kanannya. Golongan bani Israil, termasuk Nabi Isa, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tempat yang bernama Paran. Tetapi Siti Hajar dengan anaknya Ismail, merantau di bumi Beersheba kemudian menetap di bumi Paran… Apabila Muhammad dapat dihubungkaitkan dengan keturunan Ismail melalui Kedar dan dilantik sebagai Rasul di Paran dan kemudiannya memasuki Mekah dengan 10,000 pengikut setianya dan melaksanakan undang-undang bagi seluruh umat, tidakkah ia menampakkan dengan jelas kenyataan Bible ini terlaksana secara tepat ke atas diri Muhammad”.

Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail as seperti yang disebutkan di dalam Bible bab Genesis ayat 20. Di tempat yang bernama Paran inilah Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as bagi melaksanakan satu urusan yang ditetapkan oleh Allah. Ketika itu, Siti Hajar memohon pertolongan Allah dan doanya dikabulkan dengan dikurniakan sebuah telaga air kepada mereka. Kisah ini disebutkan di dalam Bible versi Revised Standard Edition pada bab Genesis ayat 17 hingga 2,

“And God heard the voice of the lad; and the angel of God called to Hagar from heaven, and said to her, “What troubles you, Hagar? Fear not; for God has heard the voice of the lad where he is. Arise, lift up the lad, and hold him fast with your hand; for I will make him a great nation”. Then God opened her eyes, and she saw a well of water; and she went, and filled the skin with water, and gave the lad a drink. And God was with the lad, and he grew up; he lived in the wilderness, and became an expert with the bow. He lived in the wilderness of Paran; and his mother took a wife for him from the land of Egypt”.

Terjemahan mengikut Bible Malaysia AlKitab (1996) adalah:
“Kemudian Tuhan membuka mata Hagar sehingga dia nampak sebuah perigi. Oleh itu dia pergi mengisi kirbat itu dengan air, kemudian dia memberi minum anaknya…”.

Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran sebenarnya adalah bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali sebagai telaga zamzam kurniaan Allah kepada Hajar dan anaknya Ismail. Telaga ini masih wujud hingga hari ini. Nabi Muhammad berasal daripada bumi yang sama. Selepas tiga belas tahun menyebarkan Islam di Mekah, beliau terpaksa berhijrah ke Madinah. Lapan tahun selepas berhijrah, pada hari pembukaan Mekah, beliau kembali memasuki dan menguasai Kota Mekah bersama-sama dengan 10,000 orang sahabat-sahabatnya.

Nabi Muhammad menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam di Madinah. Sebaliknya, Nabi Isa as bukan berasal dari bumi Paran dan beliau juga tidak pernah datang dengan undang-undang baru. Beliau sekadar meneruskan undang-undang yang dilaksanakan oleh Nabi Musa as seperti yang disebutkan di dalam Bible bab Matthew ayat 17 yang bermaksud, “Aku tidak datang bagi menghancurkan undang-undang lama ataupun ajaran nabi-nabi tetapi aku datang bagi meneruskan pelaksanaannya”.

Terdapat tokoh-tokoh ilmu Bible yang cuba mentafsirkan ten thousands of saints sebagai ‘sepuluh ribu malaikat’ sedangkan itulah yang dimaksudkan oleh ayat ini dan perkataan yang lebih sesuai digunakan adalah ten thousands of angels. Perkataan saints adalah perkataan yang sentiasa digunakan untuk manusia. Justeru, Bible Indonesia AlKitab mentafsirkannya sebagai ‘puluhan ribu orang yang kudus’. Perkataan ten thousands atau sepuluh ribu selari dengan jumlah sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang menguasai Mekah di penghujung perjuangan beliau.

Seperkara lagi yang hangat dibincangkan adalah maksud sebenar ten thousands. Adakah ia bermaksud ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’ seperti yang disebutkan di dalam Bible Indonesia AlKitab ataupun ‘sepuluh ribu’ secara spesifik? Apabila diterima maksudnya sebagai ‘satu jumlah yang besar iaitu puluhan ribu’, ia tetap tiada kaitan dengan Nabi Isa as kerana pengikut setia Nabi Isa as yang dikenali sebagai apostles di dalam Bible hanya berjumlah 12 orang sahaja. Sebaliknya, pengikut-pengikut setia Nabi Muhammad iaitu sahabat-sahabat beliau berjumlah puluhan ribu. Apabila kita merujuk kepada tulisan Bible yang asal dalam bahasa Yahudi atau Hebrew, perkataan asal yang digunakan adalah rbabah. Tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research yang dianggotai oleh tokoh-tokoh Kristian daripada pelbagai bidang berpendapat, “Perkataan rbabah dalam bahasa Yahudi boleh diertikan sebagai 10,000 secara spesifik ataupun satu jumlah yang besar”. Justeru, mentafsirkan perkataan ten thousands sebagai ‘sepuluh ribu’ secara spesifik adalah selari dengan kehendak Bible dalam bahasa Hebrew seperti yang disebutkan oleh tokoh-tokoh dari Institute of Creation Research.

Ayat Bible yang bermaksud, ‘Seorang nabi yang bersinar dengan sempurna dari Paran’, yakni Mekah, amat bertepatan dengan Nabi Muhammad yang berasal dari Mekah dan merupakan penghulu bagi nabi-nabi dan rasul dengan membawa satu risalah yang lengkap dan sempurna. Undang-undang yang dibawa berjaya ditegakkan melalui negara Islam di Madinah dan dengannya jahiliah serta kesesatan dapat dimusnahkan. ‘Sepuluh ribu orang-orang suci’ selari dengan 10 000 sahabat-sahabat beliau yang berjaya menakluki Mekah pada hari Jumaat, 10 Ramadan tahun kelapan Hijrah. Selepas kota Mekah jatuh ke tangan umat Islam, golongan kafir Quraisy berhimpun menantikan hukuman daripada beliau di atas segala perbuatan keji yang mereka lakukan selama ini.

Kisah sejarah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible New Revised Standard Version bab Jude ayat 14 hingga 16 yang bermaksud,
“See, the Lord is coming with ten thousands of his holy ones, to execute judgement upon all, and to convict everyone of all the deeds of ungodliness that they have committed in such an ungodly way, and of all the harsh things that ungodly sinners have spoken against him”.

Terjemahan mengikut Bible Indonesia AlKitab (1993) adalah:
“Juga mengenai mereka Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, bernubuat, katanya, ‘Sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya, hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang fasiq kerana semua perbuatan fasiq yang mereka lakukan dan kerana semua kata-kata nista yang diucapkan orang-orang berdosa yang fasiq itu pada Tuhan…”.

Sekali lagi perkataan ten thousands of his holy ones atau ‘sepuluh ribu orang-orang kudus’ digunakan dalam ayat ini. Sesiapa yang mengkaji sejarah Nabi Muhammad akan menyedari kisah yang dipaparkan ini selari dengan kisah beliau dan 10 000 sahabat-sahabat ketika mereka menguasai kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Selepas penaklukan itu, golongan kafir Quraisy merasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dikenakan oleh Nabi Muhammad ke atas mereka. Justeru, kisah yang dipaparkan Bible ini tidak ada perkaitan sama sekali dengan sejarah hidup Nabi Isa as.

BAB 8 RAMALAN YANG TERBUKTI BENAR

Antara bukti-bukti yang menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad adalah ramalan-ramalan yang terdapat di dalam Quran dan sunah yang disampaikan oleh beliau yang kemudiannya menjadi kenyataan.

Tentera Rom Selepas Kalah akan Menang

Allah menyatakan dalam surah al-Rom ayat 1 hingga 4 yang bermaksud, “Alif Lam Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di bumi yang terdekat dan mereka, sesudah kekalahan itu, akan menang dalam masa beberapa tahun lagi. Bagi Allahlah segala urusan yang terjadi sebelum dan selepas itu. Dan pada ketika itu akan bergembiralah orang-orang yang beriman”.
Ayat-ayat ini diturunkan mengenai peperangan yang berlaku antara Empayar Parsi dan Empayar Rom pada zaman Nabi Muhammad. Ketika itu, umat Islam mengharapkan kemenangan menyebelahi tentera Rom kerana golongan Rom beragama Kristian. Justeru, mereka adalah Ahli Kitab manakala orang-orang Parsi beragama Majusi yang menyembah api. Sebaliknya, bagi orang-orang kafir Quraisy, mereka mengharapkan kemenangan akan menyebelahi tentera Parsi.

Pada peringkat awal peperangan itu, tentera-tentera Parsi berjaya mengalahkan tentera Rom dan keadaan ini mendukacitakan umat Islam. Namun Allah menyatakan, dalam jangka masa yang singkat, iaitu bidh’a sinin, Rom akan kembali menang. Bidh’a sinin bermaksud ‘beberapa tahun’ dan dalam bahasa Arab ada yang menggunakannya bagi maksud 7 tahun. Namun ramai pentafsir berpendapat, jangka masanya adalah antara 3 hingga 9 tahun.

Dapat disimpulkan di sini, Allah memberi jaminan yang tentera Rom akan mengalahkan tentera Parsi dalam jangka masa 3 hingga 9 tahun. Dua perkara penting difokuskan dalam ayat-ayat ini adalah:
Rom pasti akan berjaya mengalahkan Parsi.
Kemenangan itu akan berlaku dalam jangka masa 3 hingga 9 tahun, bermula dari masa kekalahan Rom di ‘bumi yang terdekat’. Mengikut Tafsir al-Azhar oleh Hamka, ‘bumi yang terdekat’ bermaksud ‘bumi Syam dan Palestin’.

Sejarah menunjukkan, ketika ayat ini diturunkan, Parsi diperintah oleh maharaja bergelar Kisra atau Khosrau II (590–628 Masihi). Bermula daripada tahun 602, Khosrau II memulakan serangan besar-besaran ke atas Empayar Rom dan pada tahun 613 Masihi, kota Damsyik dapat ditawan daripada tangan Rom, diikuti dengan kota Jerusalem atau Baitul Maqdis pada tahun 614. Inilah bumi yang terdekat dengan kota Mekah. Pada tahun 616 Masihi, Parsi mencapai kemenangan yang besar dengan menguasai sebahagian besar kawasan Asia dan Mesir.

Pada masa itu, empayar Rom diperintah oleh maharaja yang bernama Heraclius. Sejarah membuktikan, bermula tahun 622 Masihi, Heraclius berjaya mengusir tentera Parsi keluar daripada bumi jajahan mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, janji Allah iaitu kemenangan Rom berlaku dalam jangka masa 3 hingga 9 tahun selepas kejatuhan Jerusalem atau Baitul Maqdis ke tangan Parsi. Kemenangan ini menggembirakan umat Islam kerana terbukti janji-janji Allah menjadi kenyataan.

Kemenangan di Badar

Allah menyatakan dalam surah al-Anfal ayat 7 yang bermaksud, “Dan ingatlah tatkala Allah menjanjikan kepadamu, salah satu daripada dua golongan yang kamu hadapi adalah bagimu, sedangkan kamu menginginkan yang tidak bersenjata itu untuk kamu dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat daripada-Nya dan menghancurkan orang-orang kafir”.

Dua golongan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kafilah perniagaan Abu Sufyan dan tentera Quraisy dari Mekah. Ketika itu, kafilah perniagaan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan baru sahaja kembali dari Syam. Justeru, Nabi Muhammad dan para sahabat keluar bagi menahan mereka. Dalam perjalanan itu mereka mendapat tahu tentera Quraisy sudah keluar bagi memerangi umat Islam demi menyelamatkan harta perniagaan mereka. Pada masa itu, ada daripada kalangan sahabat-sahabat beliau yang merasa kurang senang kerana tidak menjangka mereka akan berperang. Berdepan dengan kafilah perniagaan adalah lebih mudah berbanding tentera Quraisy, namun Allah menetapkan yang sebaliknya dan Allah juga menjanjikan kemenangan akan menyebelahi umat Islam.

Akhirnya, berlakulah Perang Badar antara umat Islam dengan tentera kafir Quraisy pada tahun kedua Hijrah. Tentera Islam berjumlah 313 orang dan daripada jumlah itu, yang berkuda hanyalah 2 orang sahaja dan yang berkenderaan unta berjumlah 70 orang. Yang lainnya tidak mempunyai sebarang kenderaan. Mereka terpaksa berdepan dengan tentera Quraisy yang berjumlah lebih daripada seribu orang dengan peralatan yang lengkap.

Akhirnya, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Quraisy. Tentera Islam yang terbunuh berjumlah 14 orang sahaja sedangkan pihak Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang dan yang berjaya ditawan juga 70 orang. Dengan kemenangan ini, janji-janji Allah menjadi kenyataan walaupun tentera Islam ketika itu berada dalam keadaan serba kekurangan.

Penemuan Jasad Firaun

Allah menyatakan dalam surah Yunus ayat 90 hingga 92 yang bermaksud, “Dan Kami memungkinkan bani Israil menyeberangi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun serta bala tenteranya kerana hendak menganiaya dan menindas mereka; sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia pun berkata, ‘Aku naik saksi, tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh bani Israil dan aku termasuk dalam golongan yang menyerah diri pada Allah’. Apakah sekarang baru kamu hendak percaya sedangkan kamu derhaka sejak dahulu? Pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya ia menjadi pelajaran kepada orang-orang yang datang selepasmu. Sesungguhnya ramai manusia lalai daripada tanda-tanda kekuasaan Kami”.

Seperkara yang Allah janjikan dalam ayat ini adalah jasad Firaun yang tenggelam akan diselamatkan supaya menjadi pengajaran kepada manusia sejagat.

Firaun atau pharoah adalah gelaran bagi raja-raja yang memerintah Mesir kuno pada satu ketika dahulu termasuklah pada zaman Nabi Musa. Sejarah menunjukkan, Firaun tenggelam dan mati lemas di Laut Qulzum. Kajian pakar-pakar kaji purba atau arkeologi berjaya mengenal pasti Firaun yang tenggelam itu. Dia bernama Merneptah, anak kepada Firaun Ramses II yang terkenal.

Penemuan mayat Firaun Merneptah berlaku pada tahun 1898 di Mesir oleh seorang pakar arkeologi bernama Loret. Mayatnya ditemui di dalam bentuk mumia. Seorang pakar lain, Elliot Smith membuka tutupannya pada bulan Julai 1907 bagi melakukan pemeriksaan ke atas mumia Merneptah. Seterusnya, pada tahun 1975, kajian yang lebih terperinci dilakukan oleh Dr. Maurice Bucaille bersama beberapa orang ahli sains yang lain. Mereka menggunakan, antaranya, teknik pemeriksaan dalaman atau endoskopi dan X-ray terutamanya pada bahagian dada dan perut mumia itu. Kesemua pemeriksaan ini dilakukan di Kaherah.

Keputusan kajian ini dibentangkan kepada tokoh-tokoh cendekiawan di Perancis termasuklah kumpulan Akademi Perubatan Kebangsaan Perancis pada awal tahun 1976. Hasil-hasil kajian menunjukkan, Firaun Merneptah inilah yang mengejar Nabi Musa dan bani Israil sebelum dia sendiri mati lemas di lautan.

Keputusan kajian ini menyebabkan pihak berwajib Mesir bersetuju menghantar mumia Merneptah ke Perancis supaya dirawat iaitu pada bulan September, 1976. Pemimpin-pemimpin hari ini yang menganggap dirinya hebat dan agung perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Firaun Merneptah. Namun, yang penting adalah ramalan yang terdapat dalam ayat Quran ini menjadi kenyataan dan terbukti kebenarannya pada hari ini.

BAB 10 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD

Pada masa ini, Islam adalah agama paling giat berkembang di Eropah, Amerika malah di seluruh dunia. Di Amerika, lebih daripada 20,000 orang memeluk Islam setiap tahun. Di Eropah, Islam adalah agama kedua terbesar selepas Kristian. Islam adalah agama yang berupaya menarik minat dan seterusnya meyakinkan mereka yang mengkajinya secara rasional. Berikut diturunkan perkataan serta komen beberapa tokoh bukan Islam berkenaan Nabi Muhammad dan risalah yang dibawa oleh beliau.

Michael H. Hart

Michael H. Hart adalah ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau menulis buku bertajuk The 100 yang diterbit-kan pada tahun 1978. Buku ini diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berkenaan 100 orang tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau merumuskan, tokoh sejarah yang paling berpengaruh adalah Nabi Muhammad.

Daripada 100 orang tokoh yang dikajinya, 20 nama yang teratas adalah:
Nabi Muhammad
Isaac Newton
Jesus Christ (Nabi Isa)
Buddha
Confucious
St. Paul
Ts’ai Lun
Johann Gutenberg
Christopher Columbus
Albert Einstein
Karl Marx
Louis Pasteur
Galileo Galilei
Aristotle
Lenin
Moses (Nabi Musa)
Charles Darwin
Shih Huang Ti
Augustus Caesar
Mao Tse-tung.

Apakah yang menyebabkan beliau memilih Nabi Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah? Beliau berkata, “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal-usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang”.

Dalam teks asalnya beliau berkata, “My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”.

Profesor Jules Masserman

Majalah Time edisi 15 Julai 1974, meminta masyarakat memberi pandangan mereka berkenaan satu persoalan iaitu ‘What makes a great leader? Throughout history, who qualifies?’ Ia bermaksud, ‘Apakah kriteria yang menjadikan seseorang pemimpin agung dan sepanjang sejarah, siapakah yang layak digelar sebagai pemimpin agung?’

Jules Masserman, tokoh ilmu dalam bidang psikoanalisis dari Amerika dan juga Profesor di Universiti Chicago berkata, “Seseorang pemimpin perlu melaksanakan tiga fungsi iaitu memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial yang selamat lagi terjamin dan menyemai nilai kepercayaan untuk diikuti oleh pengikut-pengikutnya”.

Di dalam teks asalnya beliau berkata, “Leaders must fulfill 3 functions: the leader must provide for the well-being of the followers, the leader or would be leader must provide a social organization in which people feel relatively secure, this leader must provide his people with one set of beliefs”.

Selepas mengutarakan kriteria-kriteria ini, Profesor Jules Masserman akhirnya menulis, “Tokoh-tokoh seperti Pasteur dan Salk dapat dikategorikan sebagai pemimpin yang memiliki kriteria pertama. Alexander, Caesar dan Hitler pula dianggap sebagai pemimpin yang melaksanakan fungsi kedua dan mungkin juga ketiga. Pemimpin terunggul dalam sejarah adalah Muhammad kerana beliau melaksanakan ketiga-tiga fungsi ini, diikuti oleh Nabi Musa”.

Di dalam teks asalnya beliau berkata, “People like Pasteur and Salk are leaders in the first sense. People like Gandhi and Confucius, on one hand, and Alexander, Caesar and Hitler on the other, are leaders in the second and perhaps the third sense. Jesus and Buddha belong in the third category alone. Perhaps the greatest leader of all times was Mohammed, who combined all three functions. To a lesser degree, Moses did the same”.

Stanley Lane Poole

Stanley Lane Poole dilahirkan pada 18 Disember 1854 di London. Beliau adalah tokoh sejarah terkenal di Barat terutamanya berkenaan sejarah masyarakat Timur. Beliau banyak menulis buku berkenaan sejarah dan agama termasuk yang berkaitan agama Islam. Di antara buku-buku beliau adalah Egypt (1881), Studies in a Mosque (1883), Social Life in Egypt (1884), The Art of the Saracens in Egypt (1886), The Moors in Spain, with A. Gilman (1886), Turkey (1888), Cairo (1892).

Di dalam bukunya The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad, beliau menulis mengenai Nabi Muhammad. Beliau berkata, “Terhimpun pada dirinya sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau adalah orang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya ketika bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, keberanian dan kecekalan yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman”.

Di dalam teks asalnya beliau berkata, “There is something so tender and womanly, and withal so heroic, about the man, that one is in peril of finding the judgment unconsciously blinded by the feeling of reverence and well-nigh love that such a nature inspire. He who, standing alone, braved for years the hatred of his people, is the same man who was never the first to withdraw his hand from another’s clasp; the beloved of children, who never passed a group of little ones without a smile from his wonderful eyes and kind words for them, sounding all the kinder in that sweet-toned voice. The frank friendship, the noble generosity, the dauntless courage and hope of the man, all tend to melt criticism into admiration”.

George Bernard Shaw

George Bernard Shaw dilahirkan di Dublin pada tahun 1856. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah, seniman, ahli kritik, tokoh intelek, pemikir, tokoh drama, penulis, tokoh sastera dan aktivis masyarakat. Kemampuan dan ketokohannya dalam pelbagai bidang menjadikannya disanjung oleh masyarakat Barat hingga hari ini.

Justeru dalam bahasa Inggeris, tokoh-tokoh bahasa mewujudkan kata sifat ‘Shavian’ daripada namanya ‘Shaw’ bagi menyifatkan orang yang mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang seperti George Bernard Shaw. Kebanyakan bahan penulisan dan drama yang diterbitkan beliau berbentuk kritikan ke atas sistem yang ada yang mendatangkan masalah kepada masyarakat. Atas sumbangannya dalam bidang sastera, beliau dikurniakan hadiah Nobel Sastera pada tahun 1925.

Sebagai seorang pemikir dan pengkritik, beliau banyak mengkaji dan menulis mengenai Nabi Muhammad. Antara komenkomennya adalah seperti yang terdapat di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus. Beliau berkata, “Orang-orang Kristian dan pendakwahnya, secara terancang, memberikan gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya. Saya mengkaji bersungguh-sungguh mengenai Islam dan rasulnya dan saya mengkaji beliau sebagai seorang pengkaji sejarah dan pengkritik. Saya dapati beliau memang seorang yang agung dan penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat”.
 
Di dalam teks asalnya beliau berkata, “The Christians and their missionaries have presented a horrible picture of Islam. Not only that: they also carried out an organized and planned propaganda against the personality of Prophet Mohammad and the religion he preached. I have very carefully studied Islam and the life of its Prophet. I have done so both as a student of history and as a critic. And I have come to the conclusion that Mohammad was indeed a great man and a deliverer and a benefactor of mankind which was till then writhing under a most agonizing pain”.

Di dalam bukunya yang bertajuk The Genuine Islam, George Bernard Shaw berkata, “Saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang pada pandangan saya mempunyai kemampuan untuk disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam kehidupan. Justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya mengkaji manusia hebat itu, yakni Nabi Muhammad dan pada pandangan saya beliau bukannya anti Nabi Isa, sebaliknya beliau layak digelar sebagai Penyelamat Umat Manusia”.

Di dalam teks asal beliau berkata, “I have always held the religion of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion which appears to me to possess that assimilating capacity to the changing phase of existence which can make itself appeal to every age. I have studied him - the wonderful man and in my opinion for from being an anti-Christ, he must be called the Savior of Humanity”.

Beliau juga berkata, “I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today”, yang bermaksud, “Saya yakin sekiranya manusia sepertinya diberi peluang memerintah dunia moden ini, beliau pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ada sehingga mendatangkan kedamaian dan kebahagiaan pada kehidupan. Saya pernah mengatakan agama ajaran Muhammad ini, suatu hari nanti, dapat diterima di Eropah”.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024