Artikel

Nabi Muhammad Menyampaikan Dakwah

oleh [email protected] pada 17 Feb 2010

Semasa Muhammad bin Abdullah berada di tempat tidurnya dalam keadaan berselimut, datang jibril menyerunya, “Wahai orang yang berselimut bangunlah dan beri peringatan.”Wahyu kali ini melalui surah al-Muddathir ayat 1 hingga 7 adalah perintah memberi peringatan, perintah menyampaikan.

Selepas itu Jibril datang lagi dan perintah melakukan ibadah. “Wahai orang yang berselimut (wahai Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari melainkan sedikit sahaja.”

Kemudian turun surah al-Dhuha ayat 1 hingga 4 yang berkmaksud, “Demi waktu dhuha, dan malam apabila ia sepi. Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keadaan mu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”

Selepas itu, wahyu tidak turun selama enam bulan. Orang-orang Musyrikin menuduh Tuhan melupai Rasul-Nya. Namun ia adalah sebagai persediaan dan hikmah kepada Rasulullah. Selepas enam bulan, ayat demi ayat diturunkan.

Siti Khadijah adalah orang pertama yang memeluk Islam, selepas itu, Zaid Harithah. Orang ketiga adalah Ali yang dipanggil karamallhu wajhah iaitu yang dimuliakan wajahnya. Begitu juga anak-anak perempuan Muhammad iaitu Ruqayyah, Ummu Kalthum, Zainab dan Fatimah. Kemudian Abu Bakar, Abu Bakar pula menyampaikan dakwah kepada Uthman, Zubair bin Awwam dan Saad Abi Waqqas.

Itulah antara mereka yang terawal memeluk Islam, ketahu juga mengapa Ali digelar karamallhu wajhah, kisah anak angkat Nabi, Zaid bin Harithah, mudahnya Abu Bakar menerima Islam dan keluarga Saad bin Abi Waqqas. Himpunan kisah mereka boleh terus dibaca dan diamali pada muka surat 46, buku Biografi Muhammad.

Pelbagai cerita menarik semperna misi dakwah Nabi Muhammad kepada keluarga terdekat. Hayati sejarah perjalanan hidup seorang nabi melalui buku-buku terbitan PTS. Layari, http://www.pts.com.my/maulud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024