Artikel

Mulakan dengan komik untuk anak-anak membaca. Ini 10 senarai komik popular 2018

oleh Asri Yussof pada 24 Jan 2019

Membaca perlu dimulakan dari anak-anak kita masih kecil lagi. Jangan manjakan dengan telefon pintar atau gajet, cuba biasakan mereka dengan buku.

Jadikan rutin sebelum tidur untuk membacakan cerita untuk anak-anak. Kajian membuktikan membaca cerita untuk anak-anak sebelum tidur dapat membantu hubungan kekeluargaan lebih rapat.

Ibu bapa yang meletakkan stigma komik sebagai bahan bacaan yang negatif, saya harap tuan puan membuang stigma ini jauh-jauh. Betul, kita ada komik-komik yang mempunyai unsur-unsur negatif dan budaya kuning.

Tetapi komik yang akan saya senaraikan ini adalah komik-komik yang positif dari terbitan Komik-M yang Menggunakan bahasa Melayu yang baik dan tidak mempunyai kandungan gajala-gejala yang negatif.

Komik-M

Ini 10 komik popular sepanjang tahun 2018.

1. Misi 6A: Misi Cikgu Zahid

misi 6 A

Impian Zahid kini hampir tercapai. Tanpa disangka, dia dilantik sebagai guru ganti di sebuah sekolah rendah. Di sana, Zahid berkenalan dengan Zaed, murid yang paling bermasalah di sekolah. Dalam masa yang sama, Zahid dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena di sekolah itu. Sesuatu yang berbahaya. Maka, bermulalah misi Zahid sebagai seorang cikgu!

2. Misi Angkasa

Misi angkasa

Pemilihan angkasawan untuk Ekspedisi ke Marikh bermula! Namun, ia adalah pilihan yang sangat sukar kerana Fizi diminta menandatangani surat wasiat andai mati ataupun tidak dapat kembali ke Bumi.

Akhirnya, Fizi memilih untuk meneruskan impiannya, bersama ribuan peserta lain, tetapi cuma seorang yang akan terpilih! Adakah Fizi akan berjaya menyempurnakan misinya menjelajah angkasa?

3. Misi 4 Flat X

Misi 4 flat x

‘X’ pada judul komik ini mempunyai dua maksud.

Pertama, ‘extended’, iaitu komik ini memaparkan lanjutan kisah hidup Mat daripada komik Misi 4 Flat. Kedua, anda akan tahu sendiri sesudah membaca komik yang merungkai banyak misteri ini.

Ini adalah #thelastmisi bagi Mat dalam plot utama MCU (Misi Comical Universe).

4. Misi Budak Tahfiz

Misi budak tahfiz

Wajdi tidak pandai baca al-Quran. Kenal huruf pun tidak. Tetapi kerana ibu bapanya, dia berani memasang satu MISI besar, iaitu menghafal al-Quran!

Komik ini memaparkan pengalaman luar biasa Wajdi menempuh kem tahfiz selama 40 hari!

5. Misi Solat 5 Waktu

Misi solat 5 waktu

6. Ultra Qalif 9: Perisai Aura

Ultra Qalif

7. Lawak Budak Sekolah 4

Lawak Budak Sekolah

8. Adiwira 5: Pertarungan Terakhir

Adiwira 5

Dengan bantuan Xeo, Aroro, Singa Petir dan Adiwira berjaya menyelinap masuk ke Planet Xenova. Untuk berhadapan dengan Devo bukannya mudah. Pelbagai lapisan musuh perlu mereka tempuhi sebelum bertemu dengan raja penjajah berkuku besi itu.

Mampukah Adiwira menumpaskan Devo dan mengembalikan aura bebola kuasa kepada penduduk Planet Xenova? Adakah ini akan menjadi pertarungan yang terakhir bagi Adiwira?

9. Silat Boy

Silat Boy

Boy, budak lembik yang sering dibuli kerana tubuhnya yang kecil. Akibat tidak tahan dibuli, Boy nekad mahu membalas dendam dengan cara tersendiri. Namun, tindakannya disedari dan dihalang oleh Alyaa. Pertemuan dengan Alyaa menjadi titik tolak bagi diri Boy untuk mengenali seni silat.

10. Lawak Budak Sekolah 5

Lawak budak sekolah 5

Selamat membaca!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024