Artikel

Mungkin ini Acara TEDx yang Paling Membanggakan

oleh Asri Yussof pada 21 Jun 2018

Pada 9 Jun yang lalu, acara TEDx telah mencatatkan sebuah sejarah apabila acara konferens yang dihadiri para pembicara yang membuat inovasi dan inspirasi kepada dunia ini telah diadakan di kem pelarian Kakuma, Kenya.

TEDxKakumacamp

Acara ini telah mengumpulkan kisah-kisah yang membanggakan dari bekas pelarian yang dilahirkan atau dibesarkan di kem pelarian. Mereka bangkit menjadi seorang penyair, pembuat filem, model dan juga sebagai seorang guru.

Cerita-cerita mereka adalah mengenai mengatasi status quo dan membina kehidupan yang solid dari sebuah penderitaan yang kita masih saksikan sehingga ke hari ini.

TEDxKakumacamp

Salah seorang pembicara yang cukup terkenal adalah Halima Aden. Seorang model tudung pertama di dunia fesyen, turut mengagumi acara TEDx tersebut. Beliau juga adalah salah seorang yang pernah merasai pengalaman membesar dalam suasana di kem pelarian.

“Saya mempunyai banyak kenangan,dan saya masih ingat bagaimana saya merasakan dengan rakan-rakan saya yang keluar selama hampir sepanjang hari dan berjalan pulang ke rumah untuk makan malam atau makan lewat malam. Ia tidak penting tetapi perkara-perkara kecil ini mengingatkan saya bagaimana perasaan menjadi anak di sini.” kata beliau kepada pendengar di acara tersebut baru-baru ini.

TEDxKakumacamp

TEDxKakumaCamp membawa lensa yang berbeza ke dalam realiti kehidupan sebagai pelarian, yang jauh dari imej kehancuran dan penderitaan, tetapi ke arah kisah daya tahan, sumbangan, kreativiti. Acara ini membawa kepercayaan bahawa dengan memberdaya pelarian, ia dapat membentuk masa depan yang damai dan toleran di dunia ini.

Acara TEDxKakumaCamp ini menjadi acara TEDx pertama yang dihoskan di kem pelarian, dengan para pembicara yang berasal dari seorang pelarian, dan juga kepada pelarian.

Klik di sini untuk lihat senarai buku-buku terbaru.

Selain Halima, Mesfin Getahun yang melarikan diri dari Ethiopia pada tahun 2001 turut menjadi pembicara di acara tersebut. Serta Yiech Pur Biel, yang merupakan sebahagian daripada yang pertama dalam sejarah sebagai pelarian yang bersaing di Sukan Olimpik, pada 2016.

TEDxKakumacamp

Kem Kakuma didirikan pada tahun 1992, pada mulanya untuk memberi perlindungan kepada mereka yang telah melarikan diri dari konflik dan bencana di Sudan Selatan, Somalia, Burundi, dan Republik Demokratik Kongo. Sehingga kini ia telah menempatkan kira-kira 185,000 orang dari 19 negara Afrika.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024