Artikel

Mustafa Kamal Ataturk : Kisah Lelaki Penegak Agenda Yahudi

oleh Roziyah pada 13 Oct 2011

Penulis novel sejarah nombor satu di Malaysia, Tuan Abdul Latip Talip sekali lagi muncul dengan karya terbarunya yang membawa pembaca mengembara ke Turki.

Kali ini, Tuan Abdul Latip Talip membawa kelainan dengan membawakan kisah sejarah Mustafa Kamal Ataturk yang dikenali sebagai penegak agenda Yahudi.

Karya terbaru ini lebih menarik apabila Tuan Abdul Latip sendiri terbang ke Turki bagi mengetahui lebih mendalam mengenai kehidupan dan pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk.

Kekejaman Mustafa Kamal Ataturk dikisahkan dengan mendalam dalam novel terbarunya. Melalui novel sejarah Mustafa Kamal Ataturk ini, pembaca akan dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat dan mendalam mengenai Mustapa Kamal Artaturk.

Mustafa Kamal Ataturk dikenali sebagai bapa sekularisme Turki dan bertanggungjawab memusnahkan institusi khalifah Islam.

Buku ini memberi kisah sebagai renungan kita mengenai bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia diletakkan sebagai matlamat utama.

Novel sejarah ini juga kini menduduki tangga tertinggi dalam carta buku terlaris September lalu.

Layari www.bookcafe.com.my bagi membeli buku ini secara online. Tuan dan puan juga boleh mendapatkan buku terbaru tulisan Tuan Abdul Latip Talib ini di kedai buku berhampiran tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025