Artikel
Penerbit Berkumpul dalam Ekspo Buku Islam 2011
oleh Roziyah pada 17 Oct 2011
Sekali lagi penerbit buku-buku Islam di Malaysia berkumpul bagi memeriahkan industri buku tempatan melalui Ekspo Buku Islam 2011.
Ekspo Buku Islam yang diadakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ini menghimpunkan penerbit-penerbit buku Islam dengan pelbagai buku yang menarik.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peminat buku tempatan termasuklah aktiviti pertandingan mewarna untuk anak-anak, pelancaran buku, Quiz Trivia serta banyak lagi aktiviti menarik.
Semua penerbit yang terlibat juga menyediakan diskaun hebat bagi buku-buku terpilih yang pastinya menarik dan mengujakan.
Antara penerbit yang terlibat dalam Ekspo Buku Islam ini termasuklah PTS, Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan banyak lagi penerbit tempatan.
Jangan ketinggalan bersama-sama memeriahkan Ekspo Buku Islam yang diadakan pada 26 Oktober hingga 1 November 2011 ini bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam di Tingkat 2, Stesen Sentral, Kuala Lumpur.