Artikel

Mydin Mydin Wholesale Hypermarket Subang Jaya Dilancar Esok

oleh Roziyah pada 09 May 2011

Cawangan kedai Mydin akan melancarkan bahagian kedai buku yang diwujudkan baru-baru ini.

Pengurus Jualan PTS Edar Sdn Bhd, Tuan Ahmad Ridza Jailani menjelaskan Mydin Mall yang bertempat di USJ Subang Jaya menempatkan pelbagai jenis buku terbitan PTS.

Mydin Mall USJ 1 akan melancarkan bahagian barunya pada 10 Mei ini bermula jam 2 petang bagi memperkenalkan bahagian barunya yang menempatkan buku-buku menarik dan terkini terbitan PTS.

Menurut Tuan Ridza, walaupun seksyen buku Mydin masih belum disusun sepenuhnya namun pengunjung sudah mula membeli buku-buku terbitan PTS.

PTS dan Mydin menjemput tuan dan puan yang tinggal berdekatan dengan Mydin USJ 1, Subang Jaya datang dan memeriahkan pelancaran bahagian baru Mydin tersebut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024