Artikel

Nasihat untuk Pengantin Baru

oleh Helmi pada 25 Nov 2004

Ayahanda dan bonda berpesan kepada anakanda berdua supaya sentiasa bermuafakat dan sedia berkongsi dalam apa jua keadaan.

Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa.

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang.

Kalau untung, sama-sama timbul,
Kalau malang, sama-sama tenggelam.

Kalau di depan, sama-sama menang,
Kalau di belakang, sama-sama alah.

Kalau tebu, seruas seorang,
Kalau nangka, seulas seorang.

Payung satu, sama berteduh,
Perahu satu, sama menyeberang.

Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024