Artikel

Nazri M Annuar Dalam Di Luar Lingkungan

oleh Roziyah pada 20 Jul 2010


Penulis tersohor PTS, Tuan Nazri M Annuar telah diundang sebagai ahli panel dalam rancangan bual bicara, Di Luar Lingkungan.

Rancangan yang dikendalikan oleh Tuan Sayed Munawar dan disiarkan di RTM1 pada 20 Julai lalu membawa tajuk 'Bikin Filem Cari Makan'.

Nazri M Annuar juga ditemani oleh penulis skrip terkenal, Tuan Ajami Hashim serta penggiat filem animasi, Tuan Hassan Muthalib sebagai ahli panel jemputan.

Nazri dalam rancangan tersebut membicarakan mengenai bahasa dalam filem yang semakin diabaikan.

Penulis novel dan skrip filem Karipap-Karipap Cinta ini membahaskan mengenai bahasa dalam dialog filem yang langsung tidak ditekankan dan tidak dipedulikan oleh penggiat filem di Malaysia.

Tajuk 'Bikin Filem Cari Makan' ini mendapat sambutan hangat dari kalangan penonton.

Tidak terkecuali mereka yang mempunyai akaun facebook turut memberi pendapat dan pandangan mengenai tajuk hangat ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025