Artikel

Pak Wisnu Bongkar Persoalan Yakjuj & Makjuj di Booth PTS

oleh Roziyah pada 28 Apr 2011

Penulis best-seller yang terkenal dengan buku Yakjuj & Makjuj serta Armageddon 2011, Tuan Alezender atau dikenali sebagai Pak Wisnu memeriahkan sudut aktiviti booth PTS dengan merungkai segala persoalan mengenai Yakjuj dan Makjuj.

Beliau yang didatangkan khas dari Indonesia memaparkan secara jelas asal-asul Yakjuj dan Makjuj yang diperbualkan dalam buku-buku hasil tulisan beliau.

Dalam aktiviti ini juga, Pak Wisnu memaparkan video ringkas serta peta bergambar perihal kehadiran dan asal usul Yakjuj dan Makjuj ini.

Melalui kehadiran beliau ke Malysia juga, Pak Wisnu membawakan buku terbaru hasil tulisan beliau iaitu Yakjuj dan Makjuj 2.

Beliau juga akan bersama-sama peminat buku hasil tulisannya di pentas utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL) 2011 pada hari Jumaat ini.

Jangan ketinggalan bersama beliau di pentas utama jumaat ini bagi mendengar dengan lebih jelas perihal Yakjuj dan Makjuj ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025