Artikel
Timbalan Menteri Turun Padang Turun Padang: Saksikan Kemeriahan Booth PTS
oleh Roziyah pada 28 Apr 2011
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah turut hadir ke booth PTS bagi melihat sendiri kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur (PBAKL) 2011.
Beliau yang melihat kemeriahan booth PTS sempat beramah mesra dengan pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. serta penasihat PTS, Prof. Abdullah Hassan di booth PTS seketika tadi.
Dato' Saifuddin kemudiannya ke booth ITNM bagi program Sofa Putih yang berbicara perihal dunia penerbitan buku di Malaysia.