Artikel

PBAKL: Aktiviti Menarik Menanti Peminat

oleh Roziyah pada 31 Mar 2011

PTS selaku penerbit buku berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia yang menyokong penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang PBAKL berlangsung.

Melalui aktiviti yang disediakan, tuan dan puan bukan sahaja dapat bertemu dengan warga kerja PTS, malahan tuan dan puan juga dapat berinteraksi dengan penulis-penulis kegemaran.

Ahli Jawatankuasa PTS khas PBAKL juga membawakan ramai penulis tempatan dan antarabangsa yang nyata terbaik khas buat tatapan peminat PTS.

Lebih mengujakan, PTS membawakan penulis hebat daripada seberang iaitu Tuan Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu. Beliau turut membawakan buah tangan terbaru hasil tulisan beliau khas di PBAKL ini nanti.

Turut bersama beliau adalah penulis novel daripada indonesia yang dikenali ramai termasuk peminat novel di Malaysia iaitu Tuan Andrea Hirata dan Tuan A. Fuadi yang terbang khas ke PWTC semasa PBAKL berlangsung. Turut hadir penulis buku motivasi popular, Setengah Berisi, Setengah Kosong, Tuan Parlindungan Marpaung.

Buat pertama kalinya juga, PTS akan membawakan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid yang meningkat naik iaitu Kumpulan Raudhah dan Leya. Saksikan persembahan menarik dan menghiburkan daripada mereka di PBAKL ini.

Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan warga kerja PTS khas bagi meraikan pengunjung PTS di PBAKL nanti.

Datang beramai-ramai dan bersama-sama keluarga ke PBAKL yang pastinya mengujakan ini khas pada 22 April hingga 1 Mei ini.

Layari juga minisite PTS@ PBAKL di www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi yang dilaksanakan PTS.

Tuan dan puan yang ingin mengetahui lokasi PBAKL ini juga boleh melayari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat tepat perihal lokasi PBAKL.

Jemput beramai-ramai ke booth PTS di PBAKL yang diadakan di PWTC bermula pada 22 April hingga 1 Mei ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024