Artikel

PBAKL 2013 1 MAY , 3 DALAM 1

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Hari kelima di PBAKL kali ini akan diisi dengan jadual aktiviti yang sungguh padat. Jika sebelum ini peminat disajikan dengan satu atau dua aktiviti sahaja dalam sehari, namun hari ini tiga aktiviti akan diadakan. Jemputlah bertandang ke Arena Buku PTS untuk memeriahkankan lagi aktiviti ini.

Pada 1 Mei bersempena dengan hari buruh, pastinya ramai pelerja-pekerja yang bercuti,  ambillah peluang ini untuk menjengah aktiviti-aktiviti yang disediakan. Sekitar jam 11.30 pagi – 1.30 petang akan diadakan sesi Sebarkan Ilmu bersama Dr. Danial @ Arena Buku PTS yang akan membincangkan dua buku hasil kajian dan tulisan beliau iaitu Peta of al-Quran dan Power of Al-Quran.

Pada sebelah petangnya jam 2.30 – 3.30, akan disambung dengan aktiviti Ramah Mesra bersama Nazri Salam dan Mama Bella @ ArenaBuku PTS. Buku-buku yang akan dipromosikan oleh mereka ialah Lukisan Hati daripada Nazri Salam, Cik Kumis dan Cik PA Glamor (SYOK) oleh Mama Bella.

Tidak selesai di situ, aktiviti terakhir  adalah Ramah Mesra bersama Saridah, Reja dan Umi Danial @Arena Buku PTS. Judul-judul yang akan diketengahkan ialah, Young Aisyah: Seronoknya Membaca (Team Novel) oleh Saridah Hamid dan Reja dan Tim Best 3 oleh Umi Danial.

Jom sertai aktiviti yang PTS sediakan untuk semua peminat!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025