Artikel
Hayati Hanif dan Dr. Zulkifli Al-Bakri @ Arena Buku PTS PBAKL 2013
oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013
Aktiviti pada hari Jumaat iaitu 3 Mei ini akan bermula sekitar jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Aktiviti dimulakan dengan sesi Ramah Mesra bersama Hayati Hanif seorang penulis buku kanak-kanak yang sangat digemari.
Buku beliau yang bertajuk Geng Sahabat Haiwan: Hero Kampung Fauna turut dijual di Arena Buku PTS. Selain daripada sesi beramah mesra, peminat boleh mendapatkan tanda tangan dari beliau. Beliau juga akan turut mempromosikan buku beliau ini.
Pada sebelah petangnya pula, sekitar jam 2.30 petang hingga 4.30 petang peminat akan disajikan dengan sesi bersama Dr. Zulkifli Al-Bakri yang akan membedah buku beliau yang bertajuk Demi Masa dan Hebatnya Kuasa Hafazan, peminat non-fiksyen pasti akan berpuas hati dengan aktiviti yang dianjurkan iaitu peminat juga boleh bersoal jawab dengan penulis.
Para peminat dijemput hadir ke Arena Buku PTS untuk sama-sama mencipta momen indah disamping menambah ilmu. Datang ya!