Artikel

Pelajar Sekolah Juga Tertarik Kempen Baca@Ramadan - Kedai Buku Pustaka Habibi

oleh Roziyah pada 16 Aug 2010

Pelajar sekolah juga tidak melepaskan peluang menyokong penuh kempen Baca @Ramadan kali ini dengan membeli buku-buku kempen Baca @Ramadan.

Menurut pengurus kedai buku Pustaka Habibi, Tuan Yusof Illias berkata, pelajar sekolah juga juga tidak melepaskan peluang membeli buku-buku keluaran PTS bagi memeriahkan Ramadan mereka kali ini.

“Ramai juga pelanggan yang memberi komen positif. Ada antaranya yang mengatakan buku PTS merupakan buku terbaik buat bacaan bagi semua lapisan masyarakat,” jelas Tuan Yusof.

Tuan Yusof juga gembira dengan kempen Baca @Ramadan dan bahan promosi yang disediakan PTS kerana melalui promosi tersebut jualan di kedainya meningkat tinggi.

Beliau berkata, buku-buku PTS menjana jualan paling tinggi di kedai buku beliau.

“Saya berharap kempen seperti ini harus diteruskan dari semasa ke semasa,” jelas Tuan Tusof lanjut.

Beliau juga berhasrat mengadakan ruangan khas dikedainya bagi meletakkan buku-buku PTS sahaja kerana buku-buku PTS kini menjadi kegilaan pelanggan beliau.

Beliau dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada PTS yang menyediakan bahan-bahan promosi di kedai-kedai indie seperti beliau.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024