Artikel

Rakaman PTS Bersama Astro Awani

oleh Roziyah pada 13 Aug 2010

Hari ini berlangsungnya rakaman PTS bersama Astro Awani bagi membicarakan mengenai kempen Baca@Ramadan yang hangat diperkatakan ketika ini.

Rakaman yang diadakan di ibu pejabat PTS ini juga merakamkan ulasan buku-buku kempen baca@Ramadan serta temubual bersama Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd yang membicarakan mengenai situasi semasa dunia penerbitan di Malaysia.

Rakaman yang akan disiarkan di astro awani ini bakal memberi informasi berguna kepada umum mengenai dunia pernebitan serta buku semasa.

Penonton juga bakal mendapat informasi buku Baca@Ramadan dalam ulasan yang telah dirakamkan.

Siaran ini memberi maklumat bernilai dan panduan berharga kepada penonton yang berhasrat membeli buku-buku Baca@Ramadan keluaran PTS sempena bulan puasa ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024