Artikel

Kisah Penulis yang Disayangi Peminat

oleh Roziyah pada 06 Jun 2011

Kebiasaannya kita sering mendengar remaja kita menjadikan golongan artis dan ahli politik sebagai idola dalam kehidupan mereka. Terdapat juga dikalangan mereka yang menjadikan orang yang dekat dan berada di sekitar mereka.

Berbeza dengan salah seorang penulis blog ini. Beliau menjadikan seorang penulis novel remaja yang popular dengan karya-karya yang memberi motivasi sebagai idola beliau. Diari Mat Despatch menjadi buku pertama hasil tulisan Tuan Bahruddin Bekri berjaya menarik minat cikpuan Faiqah Umaira Jamly.

Beliau dalam blognya menerangkan yang karya-karya tulisan Tuan Bahruddin Bekri mampu memberikan beliau semangat dan inspirasi bagi melakukan sesuatu kebaikan dengan ikhlas. Beliau juga dalam blog tulisannya berharap dapat menulis buku yang memberi kebaikan kepada semua orang dan bukan sahaja demi mengaut keuntungan semata-mata.

Tuan Bahruddin bekri yang terkenal dengan novel-novel motivasi dan membentuk jiwa pembaca berjaya memberi kesan kepada pembaca melalui setiap bait tulisan yang beliau hasilkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025