Artikel

Pembelian Buku PTS Semakin Mudah

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 18 Sep 2013

PTS Media Group Sdn Bhd telah melebarkan sayapnya melalui perniagaan atas talian iaitu e-commerce bagi memudahkan orang ramai mendapatkan buku terbaru keluaran PTS sendiri. Beberapa laman web terpilih yang memasarkan buku-buku PTS adalah Lazada.com, Mph Online, dan Superbuy.my.

Ketiga-tiga kedai online terpilih ini mengedarkan buku-buku bercorak fiksyen dan non-fiksyen serta pelbagai jenis bahan bacaan untuk tatapan penggemar buku. Kepelbagaian kategori bahan bacaan seperti bacaan umum, pendidikan, perniagaan, agama, serta novel remaja memudahkan orang ramai mendapatkan buku hanya melalui pesanan di talian tanpa perlu bersusah payah ke kedai dan sekaligus ternyata menjimatkan masa bagi sesetengah individu.

Selain itu, syarikat gergasi MPH turut meluaskan perkhidmatan kepada kedai MPH Online dan PTS sendiri memilih laman ini sebagai medium untuk meluaskan perkhidmatan pengedaran buku kepada orang ramai.Bagi Lazada.com, Superbuy.my, dan MPH Online, PTS turut menjadi salah satu syarikat yang turut mengedarkan buku-buku bersesuaian dengan peringkat umur. Kesesuaian buku mengikut tahap dan kategori memudahkan para pembaca lebih mesra pengguna dengan setiap buku keluaran syarikat bumiputera ini.

Jika anda melawat ketiga-tiga kedai online tersebut anda pasti teruja dengan pemotongan harga yang dilakukan dan pasti tidak teragak-agak untuk mendapatkannya hanya melalui atas talian.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024