Artikel

Pembimbing Ke Tanah Suci: Buku Kecil Penuh Manfaat

oleh Roziyah pada 22 Oct 2010

Buku Pembimbing Ke Tanah Suci menjadi panduan bermakna bagi mereka yang ingin Ke Tanah Suci tidak kira samada untuk menunaikan haji atau umrah.

Kebanyakan buku rujukan yang lahir adalah berkenaan haji dan umrah sahaja. Buku ini menarik kerana ia menjadi panduan lengkap kepada mereka yang mahu ke Tanah Suci pada bila-bila masa sahaja.

“Buku ini juga menampilkan kelainan apabila dikeluarkan dalam bentuk buku bersaiz kecil dan boleh digantung di leher semasa menunaikan haji atau umrah.

“Ini memudahkan pembaca untuk membawa buku tersebut sekaligus ia boleh menjadi rujukan kepada pembaca,” kata Editor Senior PTS Islamika, Tuan Rohidzir Rais yang mengulas mengenai buku Pembimbing Ke Tanah Suci ini.

Menurut beliau, kebanyakkan mereka yang baharu pertama kali ke Tanah Suci tidak mempunyai pengalaman dan tidak menghafal doa-doa tertentu.

“Buku ini menyediakan doa-doa khusus dari permulaan perjalanan sehinggalah pulang semula ke tanah air.

“Doa-doa disusun langkah demi langkah dari awal hingga ke hujung proses menunaikan Haji atau Umrah,” kata Tuan Rohidzir lagi.

Penulisnya, Tuan Haji Wan Mohd Nor Che Mohamed merupakan tenaga pengajar terlatih bagi kursus haji dan umrah.

Di dalammnya juga turut dilengkapi dengan fakta fikah daripada empat mazhab.

“Buku ini juga memberikan penyelesaian sekiranya mereka yang menunaikan masalah haji dan umrah menghadapi masalah fikah. Dinyatakan dalam buku ini masalah yang dihadapi berserta penyelesaiannya,” jelas Tuan Rohidzir lanjut.

Buku kecil sekitar 200 muka surat ini memberi penerangan yang ringkas dan padat mengenai haji dan umrah.

Lebih menarik lagi, di bahagian belakang buku disediakan gambar berwarna yang dilengkapi dengan tempat bersejarah di Mekah dan Madinah.

“Juga disediakan gambar berwarna mengenai panduan memakai pakaian ketika menunaikan haji dan Umrah,” kata beliau lagi.

Editor Senior PTS Islamika, Tuan Rohidzir Rais

Selain itu, buku ini juga menggunakan fon yang besar dan jelas bagi memudahkan pembacaan terutamanya bagi golongan yang sudah berusia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024