Artikel
Kuiz Isi Tempat Kosong Meriahkan Facebook PTS
oleh Roziyah pada 22 Oct 2010
Bagi menghargai peminat-peminat serta penyokong facebook PTS, sekali lagi PTS menganjurkan pertandingan di facebook PTS khas buat rakan-rakan facebook PTS.
PTS menganjurkan kuiz isi tempat kosong di facebook PTS yang mampu menambahkan keterujaan rakan-rakan facebook.
Caranya mudah. Tuan dan puan hanya perlu menjadi ahli facebook di sini bagi melayakkan diri menyertai kuiz ini.
Kemudian, tuan dan puan perlu melengkapkan tajuk buku PTS yang dipaparkan di wall Facebook. Penganjur akan memberikan tajuk buku PTS. Tuan dan puan hanya perlu mengisi tempat kosong yang disediakan di wall facebook PTS.
Hadiah menarik berupa sebuah buku terbitan PTS yang bernilai RM20 ke bawah disediakan khas kepada pemenang. Pemenang boleh memilih mana-mana tajuk buku yang dikehendaki.
Pihak penganjur akan menghantar hadiah kepada pemenang. Cas penghantaran ditanggung oleh penganjur pertandingan.
Kuiz ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kecuali kakitangan PTS dan saudara mara terdekat.
Kuiz ini berlangsung semala 5 minggu bermula dari 25 Oktober sehingga 26 November 2010.
Soalan kuiz dipaparkan setiap hari di facebook PTS, kecuali Sabtu dan Ahad. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan pantas.
Jangan ketinggalan menyertai kuiz yang menarik ini.